Monday, October 13, 2014

69 hari dan 6 kg

Assalamualaikum

Hari ni Muhammad pergi klinik kesihatan untuk suntikan imunisasi umur 2 bulan. Suntikan ni ada 3 vaksin iaitu DtaP/DT, Hib dan IPV. Nurse kata untuk mencegah penyakit batuk kokol, sakit kerongkong, kancing gigi, hib dan ipv. pengetahuan secara am je la.

"Apabila anak anda diberikan sesuatu vaksin, dia sebenarnya disuntik dengan kuman yang telah dilemahkan atau organisma yang telah dibunuh.
Vaksin ini boleh merangsang badannya untuk menghasilkan antibodi yang akan melindunginya daripada penyakit-penyakit yang berbahaya apabila diperlukan. Dan ini merupakan perlindungan seumur hidup!
Imunisasi perlu diberikan pada usia-usia tertentu untuk keberkesanan serta perlindungan yang maksimum. Anak anda sepatutnya mendapat kebanyakan imunisasinya sebelum menyambut hari lahirnya yang kedua.
Ini akan melindunginya daripada 10 penyakit utama: Tuberkulosis (batuk kering), polio, campak, benguk, rubela, pertusis (batuk kokol), difteria, tetanus, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Haemophilus influenza (Hib) dan hepatitis B.
Terdapat juga beberapa imunisasi lain untuk pelbagai penyakit-penyakit menular termasuk cacar air (chicken pox), cirit-birit, influenza, rabies, meningitis meningokokal, jangkitan pneumokokal dan hepatitis A."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz3G064AJld
© Utusan Melayu (M) Bhd

Masa sampai di klinik, Muhammad tak tidur. Lepas tunggu lebih kurang 30 minit, Muhammad nak menyusu. Lepas susu, buang air besar pulak. lepas tu timbang, ukur panjang dan ukur lilit kepala. Lepas tu, tunggu lagi nak jumpa nurse pula. Muhammad tidur tengah tunggu tu. Nurse panggil masuk dan tanya kesihatan Muhammad. Masa ni la nurse terangkan suntikan imunisasi hari ni untuk cegah penyakit tertentu.

Nurse kata, berat Muhammad naik dengan sangat cantik. Nasihat nurse untuk teruskan menyusu badan. Ibu kena minum air suam ketika menyusukan Muhammad untuk meransang penghasilan susu. Nanti bila umur 3 bulan, Muhammad kena tanggalkan sarung tangan dah. Kuku kena pendek. 

Kemudian nurse kata, ok jom cucuk Muhammad. Nurse suruh ibu bangunkan Muhammad yang tengah tidur. Tapi, Muhammad lena sangat. Jadi, nurse pun cucuk je. Muhammad angkat kaki sikit. Tak nangis dan tak terjaga pun. Bagus betul. 

Alhamdulillah mudahnya jaga Muhammad ni. Suntikan seterusnya bulan depan!

No comments: