Friday, August 29, 2014

Kelahiran yang dinanti

Assalamualaikum =)



"Siapa namanya?" "Muhammad bin Abdullah"

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
Kelahiran yang dinanti. Itulah ungkapan buatmu si kecilku sayang. Tanggal 12 Ramadhan 1435H bersamaan Ogos 8, 2014, hari Jumaat, itulah tarikh kelahiranmu. Sebuah kelahiran yang memberi cukup makna dalam kehidupan abati dan ibu.

Pagi itu, abati, nenek, atuk, opah, atuk azlan, mak da dan ibu berdebar-debar menanti saat untuk menatap dirimu si kecilku sayang. Lebih kurang jam 9.55 pagi, kamu menjengah dunia dengan suara esak tangis mu yang sangat kuat. Nenek dan opah kata,wajahmu sangat putih dan saiz tubuhmu begitu besar. Alhamdulillah anak ibu yang comel.

Gembira bukan kepalang rasa hati kami semua. Seringkali abati mengungkap kata-kata "Anak kita" kepada ibu. Seronok hati opah dan atuk azlan dengan kelahiranmu, kerap kali mereka datang menziarahimu dan ibu di hospital. Nenek dan atuk juga gembira, walaupun atuk kurang bicaranya, namun ibu yakin kelahiranmu sedikit sebanyak mengurangkan rasa rindu atuk dan nenek terhadap han, ecah dan dadib, sepupu-sepupumu itu.

Ramai yang datang menziarahimu tika di hospital itu. Kenalan opahmu,ustaz bustamam dan keluarganya. Pak Long, Mak Long, Pak Lang, Mak Lang, Danish dan Mikha pun hadir. Aunty Ana dan aunty Silah juga hadir. Kawan-kawan Mak Da pun ada tau, Aunty Malia, anak-anaknya dan Aunty Salwati.

Tetamu mu berpanjangan setibanya kita di rumah nenek. Kawan-kawan abati dan ibu, saudara-saudara sebelah atuk dan nenek, jiran nenek, saudara sebelah atuk azlan turut sama meraikan kelahiranmu. Yang pasti, opah, atuk azlan dan makcik aliamu adalah tetamu tetap kita :) Mujur opah dan atuk azlan mempunyai rumah berhampiran dengan rumah nenek dan atuk. Bolehlah datang melawatmu selalu si kecilku sayang. Mujur juga atuk dan nenek senang menerima tetamu yang ramai di rumah pusaka ini. Semoga Allah rahmati atuk, nenek, opah dan atuk azlan.

Pagi hari ke-7 kelahiranmu, abati seperti hari-hari sebelumnya ingin memandikanmu. Alhamdulillah, pada saat menanggalkan pakaianmu, kelihatan tali pusatmu telah tertanggal. Pada hari ke-7 juga abati dan ibu telah berkeputusan untuk mencukur rambutmu, sebagaimana yang disunnahkan. Atas bantuan Nenek Enon, bidan kampung yang mencukur rambut hitammu yang lebat itu. Innsyaa Allah nilai berat timbangan rambutmu itu akan disedekahkan kepada fakir miskin. Pada sebelah petangnya, kamu ditahnikkan oleh opah, atuk azlan dan nenek. atuk tak berapa sihat pada hari itu. Semoga menjadi anak yang soleh ,berakhlak mulia dan terpuji wahai si comelku. Kukumu yang panjang itu pun abati kerat buat pertama kalinya pada hari ke-7.

Hari ini genap usiamu 22 hari. Innsyaa Allah, esok kamu bakal bertemu dengan saudara-saudara sebelah opah pula ye. Pasti riuh.