Tuesday, November 4, 2014

Milk Booster

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal milk booster. Yes I have been breastfeeding my son for almost three months already. Mencabar jugak la. Salah satu cabaran ialah untuk menghasilkan susu. Tu belum cabaran emosi dan fizikal. Some moms ada yang memang mempunyai susu badan yang banyak. Ada yang kena word hard sikit untuk hasilkan susu pada mulanya. So, saya telah mencuba satu produk yang saya rasakan sangat bagus as a milk booster iaitu UMMA LACTO.

I would like to suggest moms out there to try out this product. Ada promosi sekarang, beli 2 percuma 1 dengan harga RM120. The price is RM60/box. Quantiti per box is 25g x 10 sachects. So boleh la mencuba demi kebahagiaan anak. This product is from Legacy Secret Trading. Check out their FB and website for more info.

Monday, October 13, 2014

69 hari dan 6 kg

Assalamualaikum

Hari ni Muhammad pergi klinik kesihatan untuk suntikan imunisasi umur 2 bulan. Suntikan ni ada 3 vaksin iaitu DtaP/DT, Hib dan IPV. Nurse kata untuk mencegah penyakit batuk kokol, sakit kerongkong, kancing gigi, hib dan ipv. pengetahuan secara am je la.

"Apabila anak anda diberikan sesuatu vaksin, dia sebenarnya disuntik dengan kuman yang telah dilemahkan atau organisma yang telah dibunuh.
Vaksin ini boleh merangsang badannya untuk menghasilkan antibodi yang akan melindunginya daripada penyakit-penyakit yang berbahaya apabila diperlukan. Dan ini merupakan perlindungan seumur hidup!
Imunisasi perlu diberikan pada usia-usia tertentu untuk keberkesanan serta perlindungan yang maksimum. Anak anda sepatutnya mendapat kebanyakan imunisasinya sebelum menyambut hari lahirnya yang kedua.
Ini akan melindunginya daripada 10 penyakit utama: Tuberkulosis (batuk kering), polio, campak, benguk, rubela, pertusis (batuk kokol), difteria, tetanus, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Haemophilus influenza (Hib) dan hepatitis B.
Terdapat juga beberapa imunisasi lain untuk pelbagai penyakit-penyakit menular termasuk cacar air (chicken pox), cirit-birit, influenza, rabies, meningitis meningokokal, jangkitan pneumokokal dan hepatitis A."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz3G064AJld
© Utusan Melayu (M) Bhd

Masa sampai di klinik, Muhammad tak tidur. Lepas tunggu lebih kurang 30 minit, Muhammad nak menyusu. Lepas susu, buang air besar pulak. lepas tu timbang, ukur panjang dan ukur lilit kepala. Lepas tu, tunggu lagi nak jumpa nurse pula. Muhammad tidur tengah tunggu tu. Nurse panggil masuk dan tanya kesihatan Muhammad. Masa ni la nurse terangkan suntikan imunisasi hari ni untuk cegah penyakit tertentu.

Nurse kata, berat Muhammad naik dengan sangat cantik. Nasihat nurse untuk teruskan menyusu badan. Ibu kena minum air suam ketika menyusukan Muhammad untuk meransang penghasilan susu. Nanti bila umur 3 bulan, Muhammad kena tanggalkan sarung tangan dah. Kuku kena pendek. 

Kemudian nurse kata, ok jom cucuk Muhammad. Nurse suruh ibu bangunkan Muhammad yang tengah tidur. Tapi, Muhammad lena sangat. Jadi, nurse pun cucuk je. Muhammad angkat kaki sikit. Tak nangis dan tak terjaga pun. Bagus betul. 

Alhamdulillah mudahnya jaga Muhammad ni. Suntikan seterusnya bulan depan!

Friday, August 29, 2014

Kelahiran yang dinanti

Assalamualaikum =)



"Siapa namanya?" "Muhammad bin Abdullah"

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
Kelahiran yang dinanti. Itulah ungkapan buatmu si kecilku sayang. Tanggal 12 Ramadhan 1435H bersamaan Ogos 8, 2014, hari Jumaat, itulah tarikh kelahiranmu. Sebuah kelahiran yang memberi cukup makna dalam kehidupan abati dan ibu.

Pagi itu, abati, nenek, atuk, opah, atuk azlan, mak da dan ibu berdebar-debar menanti saat untuk menatap dirimu si kecilku sayang. Lebih kurang jam 9.55 pagi, kamu menjengah dunia dengan suara esak tangis mu yang sangat kuat. Nenek dan opah kata,wajahmu sangat putih dan saiz tubuhmu begitu besar. Alhamdulillah anak ibu yang comel.

Gembira bukan kepalang rasa hati kami semua. Seringkali abati mengungkap kata-kata "Anak kita" kepada ibu. Seronok hati opah dan atuk azlan dengan kelahiranmu, kerap kali mereka datang menziarahimu dan ibu di hospital. Nenek dan atuk juga gembira, walaupun atuk kurang bicaranya, namun ibu yakin kelahiranmu sedikit sebanyak mengurangkan rasa rindu atuk dan nenek terhadap han, ecah dan dadib, sepupu-sepupumu itu.

Ramai yang datang menziarahimu tika di hospital itu. Kenalan opahmu,ustaz bustamam dan keluarganya. Pak Long, Mak Long, Pak Lang, Mak Lang, Danish dan Mikha pun hadir. Aunty Ana dan aunty Silah juga hadir. Kawan-kawan Mak Da pun ada tau, Aunty Malia, anak-anaknya dan Aunty Salwati.

Tetamu mu berpanjangan setibanya kita di rumah nenek. Kawan-kawan abati dan ibu, saudara-saudara sebelah atuk dan nenek, jiran nenek, saudara sebelah atuk azlan turut sama meraikan kelahiranmu. Yang pasti, opah, atuk azlan dan makcik aliamu adalah tetamu tetap kita :) Mujur opah dan atuk azlan mempunyai rumah berhampiran dengan rumah nenek dan atuk. Bolehlah datang melawatmu selalu si kecilku sayang. Mujur juga atuk dan nenek senang menerima tetamu yang ramai di rumah pusaka ini. Semoga Allah rahmati atuk, nenek, opah dan atuk azlan.

Pagi hari ke-7 kelahiranmu, abati seperti hari-hari sebelumnya ingin memandikanmu. Alhamdulillah, pada saat menanggalkan pakaianmu, kelihatan tali pusatmu telah tertanggal. Pada hari ke-7 juga abati dan ibu telah berkeputusan untuk mencukur rambutmu, sebagaimana yang disunnahkan. Atas bantuan Nenek Enon, bidan kampung yang mencukur rambut hitammu yang lebat itu. Innsyaa Allah nilai berat timbangan rambutmu itu akan disedekahkan kepada fakir miskin. Pada sebelah petangnya, kamu ditahnikkan oleh opah, atuk azlan dan nenek. atuk tak berapa sihat pada hari itu. Semoga menjadi anak yang soleh ,berakhlak mulia dan terpuji wahai si comelku. Kukumu yang panjang itu pun abati kerat buat pertama kalinya pada hari ke-7.

Hari ini genap usiamu 22 hari. Innsyaa Allah, esok kamu bakal bertemu dengan saudara-saudara sebelah opah pula ye. Pasti riuh.


Thursday, April 10, 2014

Alhamdulillah hari ni daftar ahli baru Shaklee dan shopping suplemen Shaklee. Tinggal tunggu nak menghantar ke tuan empunya je. Tunggguuuuu...

1 Shaklee member kit
1 ESP
1 Vitamin E

Selamat. Berkesan. Mesra alam semulajadi.Yeay!


Monday, March 17, 2014

Osim uMist air purifier

Assalamualaikum!

Hari Sabtu yang lalu encik suami telah membeli satu alat untuk melembapkan udara. Suami sangat gembira setelah membelinya. OSIM uMist air purifiers.

'The OSIM uMist uses ultrasonic technology to generate cool, fine mist that humidifies your room more effectively, preventing dryness in the air.'

Sekarang harga diskaun diberikan. Harga asal ialah  RM428. Ada diskaun RM100. Untuk pengetahuan, air purifier ni ada dua model 1) uMist  Baby dan 2) OSIM uMist. Fungsi kedua-duanya adalah sama cuma berlainan  fokus. uMist Baby untuk diletak di ruang yang lebih kecil seperti bilik tidur. Manakala OSIM uMist fokus lebih kepada ruang yang lebih besar seperti ruang tamu. uMist Baby pun ada diskaun tau! Boleh cek di sini  .

Kadar jam bertahan pun berbeza. Lebih besar tentulah lebih tahan lama.


                                                                        OSIM uMist


                                                                         uMist Baby


Comel kan yang uMist Baby ni, sesuai untuk bilik atau ruang yang  kecil. Sekiaannnn perkongsian.
Semoga Allah bantu kita semua dalam pencarian pesawat  MAS MH370! Semoga Allah yang maha Pemurah dan Pengasih menurunkan hujan, melenyapkan kemarau, menamatkan isu catuan air di Selangor dan menjauhkan anak-anak muda Islam dari terus lalai dan leka dengan godaan dan nafsu dunia.

Thursday, January 23, 2014

kata-kata motivasi

selagi anda tidak menemui TUJUAN HIDUP anda yang memberikan INSPIRASI, anda tidak akan mencapai POTENSI DIRI anda yang SEBENAR , dan MOTIVASI dan SEMANGAT anda akan sentiasa lemah !!!!!!



                                                      google image




                                                        google image

Thursday, January 2, 2014

selamat datang 2014!

Assalamualaikum

Selamat tahun baru masihi 2014!!!!! Alhamdulillah masih dikurniakan nyawa oleh Illahi. Post terakhir ialah pada september 2013. Hari ni dah 2/1/14. Yeay tahun baru, harga barang baru, tarif elektrik baru, harga tol baru !!! beruntung betul duduk Malaysia ni kan? lagi-lagi untuk yang tak berincome seperti diriku ini. Mana tanggungjawab pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat. Mesti ada cara lain selain menaikkan harga, tol dan tarif..mesti ada...takkan tak ada...tulun2

Pendahuluan penulisan yang sangat mengecewakan. Tanpa kusedari dah 4 bulan dah...4 bulan apa? pregnant? eh bukan-bukan. 4 bulan ulang-alik dari shah alam ke bangi. Alhamdulillah tengah final exam. doakan la ye ^_^.. esok ada exam paper communication system, ku sangat ketakutan kerana belum habis study, namun ada hati nak menaip entry blog. menaip juga penting sebagai terapi kesihatan diri mental, fizikal dan jasmani.

banyak yang dilalui sepanjang 2013 sampai tak ingat apa yang berlaku hahahaha. kenangan o kenangan. mari cipta kenangan baru 2014! selamat datang 2014!!! kehidupan yang lebih mencabar (selain kos sara hidup yang semakin tinggi) kerana sesuatu yang BESAR bakal berlaku.. nantikan!!!
poyo gilerrrr.

tadi baru call rumah. ayah yang angkat. selalu ibu yang angkat. cakap dengan ayah, esok nak exam tolong doakan. ayah kata hari2 ayah doakan untuk anak2. T_T terharu...doa mak ayah ,alhamdulillah aku masih ada ni'mat ini. terima kasih Allah. terima kasih Allah.

bangi, di mana suamiku? ada kat shah alam...specifically kat subang parade ini malam dengan danial dan obi wan kenobe.suamiku juga sentiasa mendoakan aku tabah dan kuat dalam menuntut ilmu. kuikuikui

semoga rakyat malaysia taabah mengharung segala macam rasionalisasi kunun, nak baikkan ekonomi malaysia kunun.. sampai sanggup membebankan rakyat. hang tak bayang gaji pokcik rm800 sebulan sebab hang sedap je rm8K sebulan. tau la pok cik x mengaji tinggi macam hang.
adoi, sabaq2.. ni tidaak bagus untuk kesihatan diriku...cukuplah untuk hari ni. ditakuti perkara berbangkit lain pulak yang menjadi bahan omelanku.. Assalamualaikum >_<