Wednesday, September 4, 2013

sepanjang 26 tahun perjalanan kehidupan

Assalamualaikum,

Hi blog! apa khabarmu? masih ingat akan daku? ya, sudah lama tidak menaip-naip di sini. Hari ini pun tiada perkara mahu diulas atau dikongsi cerita. cuma sekadar mengenang apa yang sudah dijalani sepanjang usia ini. Dari kecil sampai beso panjang. Berapa ramai manusia dalam dunia ini yang kehidupannya terjadi seperti apa yang direncanakan? saya rasa itu sesuatu yang membosankan kerana tiada unsur kejutan di situ. *merepek*

Prof. Muhaya seringkali melafazkan kepada kita semua untuk menulis skrip kehidupan. Nah, seorang sumber inspirasi sudah berkata begitu, ada kebenaran juga ye. Kita perlu ada skrip kehidupan. Skrip kehidupan itulah yang menggambarkan atau menjadi garis panduan matlamat sebenar dalam penciptaan kita sebagai manusia. Lebih khusus lagi, matlamat kita sebagai manusia yang diciptakan Allah untuk menjadi hamba dan khalifah di bumi ini.

Manusia tanpa matlamat ialah seorang manusia yang sangat rugi, sangat sia-sia dan sangat bahaya. Tiada hala tuju, tiada pegangan/peraturan dan tiada penghujung jalan kehidupan. Contohnya, andai kita berhenti di lampu isyarat jalan.

Yang pertama, kita perlu mematuhi peraturan jalan raya. Seandainya lampu merah, kita perlu berhenti demi keselamatan diri dan pengguna lain. Seandainya lampu bertukar hijau, kita mesti maju kehadapan, tak boleh tetap di situ kerana pengguna-pengguna jala raya yang lain mahu bergerak ke destinasi masing-masing.

Kedua, kita perlu tahu di mana hala tuju kita, sangat rugi dan sia-sialah seandainya kita memandu tanpa hala tuju, Rugi masa, waktu, minyak dan wang ringgit. Kita perlu tahu jalan mana yang perlu diambil demi untuk merialisasikan matlamat kehidupan kita. Langit tak selalunya cerah. Hidup tak selalunya mudah. Dalam perjalanan untuk mencapai matlamat pasti ada rintangan yang mendatang. Tempuhilah dengan sabar dan solat. Inn syaa Allah, Allah tunjuk jalan.

Ketiga, tujuan akhir kita mestilah untuk akhirat kerana akhirat merupakan kampung halaman abadi untuk kita. Setiap apa yang kita lakukan, fokuskan untuk akhirat juga. Sangat rugilah andai hanya dunia menjadi buruan kita, akhirat masih terkontang-kanting.

Jadi, tulislah skrip kehidupan kita dan berusaha merialisasikannya.

Disember, 1987 : Lahir ke dunia

1988 - 1994 : kanak-kanak dibesarkan ibu & ayah

1994 - 1999 : mula berinteraksi dengan kawan-kawan di sekolah rendah

2000 - 2004 : memasuki alam remaja dan tanggungjawab

2005 - 2011 : kehidupan sebagai seorang mahasiswi. Tanggungjawab lebih dari seorang remaja

12/9/2011 - 14/12/2011 : Training Cobol

15/12/2011 - 31/3/2013 : Kehidupan sebagai seorang isteri bermula. Dalam masa yang sama sebagai seorang Test Engineer. Sangat mencabar bagi saya.

1/4/2013 - 12/5/2013 : cuba menjadi suri-rumah yang berdedikasi

13/5/2013 - 28/8/2013 : pekerja sementara di Alfa Laval, Malaysia (CPO-AC)

29/8/2013 - 7/9/2013 : waktu-waktu sebelum memulakan penglibatan yang seterusnya

8/9/2013 - kini : Inn syaa Allah, pengalaman baru yang penuh cabaran dalam merialisasikan matlamat akhir kehidupan.


Saya akan terus menulis skrip kehidupan saya yang penuh dengan matlamat dan cita-cita. Berusaha, berdoa dan bertawakal. Semoga Allah membantu saya dalam kehidupan ini dan berakhir dengan kesudahan yang baik, Inn syaa Allah. Robbi yassir wala tua'ssir, ya kareem.

Dalam saya mencari hala tuju kehidupan, mencari erti tanggungjawab, menghadapi cabaran-cabaran dalam pekerjaan dan perkahwinan dan menapis-buang segala pilihan di depan mata. Suami dan keluarga banyak menasihati. Suamilah yang palinggggggg banyak bersabar. Walaupun, saya ni banyak ikut kepala sendiri, banyak ikut hati but he never give up on me. Sob sob sob. Terima kasih, suami saya yang sangat-sangat memahami. Semoga Allah melimpahi rahmat dan kasih-sayangNya dalam rumahtangga kita. Aminnnnnnnnn.

Suami selalu meggalakkan saya, belum cuba belum tahu. Cuba dulu baru tahu boleh buat ke tak. Saya sangat mengagumi dan menghormati suami. Kadang-kadang suami pun geram dengan saya sebab ikut kepala sendiri je. Suami akan cuba beri pandangan dan nasihat akan sesuatu perkara. Kemudian, terpulanglah pada saya untuk membuat pilihan berdasarkan hati atau tuntutan.

Sampai sini dulu ye. Assalamualaikum.