Friday, June 1, 2012

tak sangka

Salam semua !!

Pada saat ini saya masih lagi belum bersiap untuk ke tempat kerja. Jam sudah menunjukkan waktu 7:52 am. Sangatlah tidak bermotivasi perempuan ini.

Setelah diteliti, entry yang terakhir ialah pada january 29, 2012. apa???? ini bermakna sudah sekian lama tidak menulis..wahahahaha...jadi telah memaksa diri untuk menulis walaupun sedikit.

Semalam, pada waktu hendak ke tempat kerja, tiba-tiba teringat tiada duit di dalam purse. minyak dan touch n go ada jadi tiada masalah. masalahnya macam mana nak bayar parking ni. cuba cek dalam kereta, seluk sana seluk sini. tiada berjumpa walau sekeping not RM1. hati sudah tidak keruan, bagaimana ini??

tiba-tiba !!

mata tertangkap ada sesuatu yang diselitkan pada key-chain kunci kereta myvi. mata semakin mengamati, tangan semakin cuba menggapai. wah!!! ada orang selitkan RM10 kat kunci kereta I la !!! Oh, terima kasih Allah!! saya pun terfikir bagaimana ini terjadi?

ada kisahnya..pada hari sebelumnya, seorg kawan telah meminjam kereta myvi kesayanganku. mulanya macam was-was juga kerana tidak pernah membenarkan sesiapa memandu myviku keculi ahli keluarga, of course la. tapi dengan kepercayaan yang ada, saya telah membenarkan kerana saya tiada berkesempatan untuk tolong memandukan. Jadi, saya suspek kawan itu yang menyelitkan not RM10. Memang benar pun kerana saya telah menyoal-siasat kawan itu di ofis. Dan beliau telah membuat pengakuan tanpa mana-mana paksaan dari mana-mana pihak.

Kesimpulannya, jika kamu menolong orang lain, insyaallah Allah akan menolongmu. Dan sesungguhnya kita tidak mengetahui amalan kita yang manakah yang diterima oleh-NYA.

masa untuk ke tempat kerja. sudah lewat. maaf atas segala kesilapan tatabahasa dan bahasa-bahasa yang digunakan. kualiti penulisan semakin tidak berbahasa melayu..

pesanan-jangan tinggal solat

No comments: