Thursday, August 23, 2012

babbling talk

pergi kerja, duduk depan laptop buat kerja, hati rasa tertekan, jiwa rasa kosong, fikiran lesu, senyuman pun hilang

duduk di rumah pada waktu ini, pada waktu pagi jam 8am, di sebelah ibu tersayang, melihat beliau ke sana-sini mengemas rumah, hati rasa tenang, air mata bergenang...oh kenapa kau tak tolong ibu hahaha

tidaklah tidak, itu bukan point yang cuba dibebelkan di sini. hari ini tiba-tiba rasa nak merepek. ini je ruang kecil yg ada untuk aku merepek-repek kerana jika aku merepek di dunia yang sebenar tiada siapa pun ambil peduli dan kisah. sebab semua orang pun ada urusan masing-masing. aku faham itu.

hari ni pergi kerja mesti rasa tak gembira
ramai yang cuti raya lagi
seperti semalam
tertekan betul rasanya
tulah siapa suruh tak ambil cuti
hati rasa tak seronok
mungkin kerna sering melupakan-NYA
kalau dibelah dada ini
dikeluarkan hati ini
mungkin kelihatan banyak tompok-tompok hitam
ampun...

ibu sedang menyusun cawan
to see her doing the house chores
make me smile..make me peace
"nak masuk pukul berapa, diya?"
"10 kot, balik pukul 7"

tiada rasa motivasi lagi...
tiada rasa lagi..
makan rendang raya pun tak rasa gembira, kenapa ye?
mungkin kerna sering melupakan-NYA
mungkin kerana sedih ditinggalkan sahabat
tanpa sempat berjumpa
kerana waktu yang kesempitan
mungkin kerana keseorangan di ofis
mungkin kerana masak laksa pada hari raya ke-3 tapi
orang yang dinanti tak kunjung tiba
lepas ni saya tak masak dah..kita makan kat kedai je !
tak boleh salahkan dia, sebab dia tak tau
baiklah...
maafkan saya

takziah kepada kak bee
pakcik kesayangannya pergi buat selamanya pada hari raya ke-3
"kak bee sedih diya, dulu masa kak bee susah pak cik la yang selalu tolong.
 kak bee kan dah takde ayah masa kecik"
"sabar ye kak bee.."
see...banyak perkara yang orang lain takde tapi saya ada
seperti ibu dan ayah, saudara-mara, adik-beradik
kesihatan, kemudahan,
bersyukurlah...pada Allah
Alhamdulillah

nak teruskan lagi bebelan tapi
kena kerja
jadi sampai sini dulu
saya harap ada keajaiban berlaku hari ni
hari-hari pun harap macam ni
tapi hari-hari pun berakhir seperti biasa
tanpa keajaiban
tapi bersyukurlah walaupun payah
ada lagi orang lain yang lebih susah
tapi sampai bila?
tak tau lah sampai bila
kedengaran seperti luahan seorang yang sudah berputus asa
huhu
hidup kenapa kau begitu sedih untuk dilalui?





Friday, June 1, 2012

tak sangka

Salam semua !!

Pada saat ini saya masih lagi belum bersiap untuk ke tempat kerja. Jam sudah menunjukkan waktu 7:52 am. Sangatlah tidak bermotivasi perempuan ini.

Setelah diteliti, entry yang terakhir ialah pada january 29, 2012. apa???? ini bermakna sudah sekian lama tidak menulis..wahahahaha...jadi telah memaksa diri untuk menulis walaupun sedikit.

Semalam, pada waktu hendak ke tempat kerja, tiba-tiba teringat tiada duit di dalam purse. minyak dan touch n go ada jadi tiada masalah. masalahnya macam mana nak bayar parking ni. cuba cek dalam kereta, seluk sana seluk sini. tiada berjumpa walau sekeping not RM1. hati sudah tidak keruan, bagaimana ini??

tiba-tiba !!

mata tertangkap ada sesuatu yang diselitkan pada key-chain kunci kereta myvi. mata semakin mengamati, tangan semakin cuba menggapai. wah!!! ada orang selitkan RM10 kat kunci kereta I la !!! Oh, terima kasih Allah!! saya pun terfikir bagaimana ini terjadi?

ada kisahnya..pada hari sebelumnya, seorg kawan telah meminjam kereta myvi kesayanganku. mulanya macam was-was juga kerana tidak pernah membenarkan sesiapa memandu myviku keculi ahli keluarga, of course la. tapi dengan kepercayaan yang ada, saya telah membenarkan kerana saya tiada berkesempatan untuk tolong memandukan. Jadi, saya suspek kawan itu yang menyelitkan not RM10. Memang benar pun kerana saya telah menyoal-siasat kawan itu di ofis. Dan beliau telah membuat pengakuan tanpa mana-mana paksaan dari mana-mana pihak.

Kesimpulannya, jika kamu menolong orang lain, insyaallah Allah akan menolongmu. Dan sesungguhnya kita tidak mengetahui amalan kita yang manakah yang diterima oleh-NYA.

masa untuk ke tempat kerja. sudah lewat. maaf atas segala kesilapan tatabahasa dan bahasa-bahasa yang digunakan. kualiti penulisan semakin tidak berbahasa melayu..

pesanan-jangan tinggal solat

Sunday, January 29, 2012

magazine

i bought anjung seri for her
she bought saji for me
awesome ~~~~