Saturday, September 17, 2011

UPSR 2011




suatu petang yang damai

saya: eh, kakak ada tahi lalat kat lengan la. ha, sebab tu la kakak pandai buat kerja!
kakak: *tengok saya sambil buat muka pelik*
saya: kakak ada tahi lalat kat kaki tak.
kakak: tak ada.
saya: kalau ada mesti kaki jalan. sini nak tengok. (sambil membelek2)
kakak: tak ada la.
saya: habis tu, diya ada kat mata ni maksdunya apa?
kakak: maksudya suka tidur. hahaha
saya: ces (sengal)
UPSR dah habis dan sekarang masa untuk berdoa dan bertawakal. semoga adik syikin berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. oh ye, weekend saya jadi home tutor untuk budak kecik yang bernama syikin. cerita macam mana saya boleh 'ter'jadi home tutor ini sangat lawak.

adalah satu hari tu saya dan aishah pergi menghantar resume ke sebuah kilang ni. malam tu saya dapat satu panggilan.

kak nurul: assalamualaikum
saya: waalaikumussalam
kak nurul: ni nadiatul ke?
saya: ye saya
kak nurul: ni akak ni dari kilang yang adik hantar resume siang tadi
saya: oh, ok
kak nurul: akak telefon bukan pasal kerja yang adik mintak tu
saya: *diam *
kak nurul: tapi pasal nak mintak adik tolong ajar anak akak ni ha. dia nak upsr tahun ni.

the rest is history. hahaha begitulah permulaannya. kehidupan ni macam-macam kan. minta yang lain tapi lain pula yang datang.

tapi seronok juga jadi home tutor ni. bukan saya saja yang membantu adik syikin malah saya pun ada belajar something from her. she's nice and helpful.

untuk membakar semangat adik syikin saya telah memberi sebuah kad ucapan yang eksklusif berwarna hijau. kad itu saya order di sini. saya order saja kerana saya buta seni. tangan keras.

comelkan kad di atas? it was handmade. and adik syikin sangat menyukainya. semoga syikin berjaya di dunia dan akhirat.

kalau nak order kad yang comel-comel boleh la pergi handmade by zliah. Insyaallah memuaskan hati.

sekian, Assalamualaikum.

No comments: