Wednesday, September 7, 2011

Two is better than one

Assalamualaikum

I masak magee tadi pukul 7pm sebab lapar sangat. apa magee je atul? hmm bukan tak nak makan nasi tapi saje teringin nak makan magee. dah sebulan tak makan. ces.

agaknya sebab terlalu lapar telah merebus magee bersama perencah yang belum dibuka. hopeless. ambil perencah dan buka dan kacau2 sedikit dan siap.....indah bunyinya kan?

TAPI TAK SEDAP!!!!

waaa...sejak bila magee sudah menjadi tak sedap. hadoi masak magee pun tak sedap. macam mana ni =(

tak habis pun. tapi perut masih lapar. takpe solat maghrib dulu. duduk kat depan tv. ibu lalu.

I : ibu tak panaskan tom yam ke? lapar la. nak makan.
ibu: belum. nak ke?
I : aah. hehe. (kecewa dengan magee sampai meminta ibu memanaskan tom yam siang tadi)
ibu: ni kenapa tak habis ni?
I: tak sedap. masak magee pun tak pandai. kalau amir masak sedap pulak.
ibu: macam mana nak kahwin ni? tak pandai masak.
I: entah la (perut bertambah sakit)

amir kat asrama. tak kan nak ambil dia bawa balik masak magee untuk kakak dia ni.
tom yam is better. tapi disebabkan sudah lewat maka perut tetap sakit walau sudah disumbat. sakit sampai sekarang. semoga dapat tidur malam ini. semoga esok sudah sembuh.

hakikatnya, I lebih suka makan di rumah dari makan di kedai. tapi, malangnya I kurang tahu memasak. jadi, macam mana ye? adoi, sakitnya perut...ubat pulak habis. sabar...sebab tu I suka Ramadhan. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan perut I seperti menjadi kuat. yeah!

jaga kesihatan. sekian.

No comments: