Thursday, June 2, 2011

outing


Salam,

Sabtu lepas keluar meronda-ronda dengan afiqah. tak lah meronda sangat pun. jalan-jalan je. tu pun tak lama, 6.30 dah sampai rumah balik. kami cari present untuk wedding member. wedding? member? wedding member? member kau kahwin? hahahaha. ok tak lawak tapi seram. eh tak. tak. maksud saya, tahniah! so jalan-jalan sampai sakit kaki. itulah yang selalu terjadi apabila keluar bersiar-siar di mall. tak kira lagi kalau keluar dengan saed. adeh budak tak nak membesar tu kalau diajak keluar rasanya satu malaysia ni dia nak jelajah. ada je. "atul, jom...." itulah ayat dia selalu. tapi selalu yang jadi mangsa nazira la. tapi tak apa nazira suka jalan-jalan. walaubagaimanapun saed agak sopan-santun jika di rumah. gadis muslimah sejati. eh? adakah entry kali ini berkisar mengenai saed? tidak. tidak. ini bukan blog saed. kalau mahu baca blog saed silalah ke sini ok.

ok alang-alang dah sampai mall ini afiqah pun teruja mahu merealisasikan hobinya. archery. memanah. saya pun izinkan. kalau tak izin nanti dia nangis. hahaha. kalau afiqah baca ni mesti saya kena dengan dia.
srikandi siap sedia dengan arrow!

take a photo first before shooting =)

ready to shoot!

budak gemuk sakit perut duduk tepi je jadi penonton dan tukang ambil gambar. sebab kalau berdiri pun sakit perut macam mana kau nak shoot? sian afiqah. dia sangat teruja dapat keluar dengan saya. ha? hahaha. tapi saya pulak memang tak sihat pada hari itu. memang dari rumah dah rasa tak berapa nak sihat. tapi janji tetap janji. outing tetap outing. malangnya kat mall sakit makin teruk. tapi tak lah teruk sangat sebab boleh lagi drive balik rumah. alhamdulillah, dapat la gak present yang diidam-idamkan kalbu. tapi malam tu saya terus demam! kena gelak dengan ibu. Photobucket

esoknya pula keluar menemani kak bee mencari kain baju. masuk kereta je abang man tegur "eh, kata demam...?" hehehe dah kurang, alhadulillah. sebenarnya nak cari tempat kursus kak bee tapi lepas tu membawa ke kedai kain pula. rambang mata. rambang mata. kak bee la yang rambang. saya main mata.
budak gemuk dan budak montel

malamnya kami sekeluarga makan bersama beramai-ramai. lalalalala~

No comments: