Thursday, June 23, 2011

macam terkesan

Salam

lepas hantar amir ke sekolah, tiba-tiba telinga menangkap sebaris ayat yang berkumandang dari corong radio, "terpaksa jadi engineer tapi minat akauntan" zass...

kerana terpaksa manusia itu bisa bosan. manusia itu mula hilang minat. kerana dek pemikiran keterpaksaan itu manusia kerugian. walau keterpaksaan itu diteruskan dengan menimbang ganjaran-ganjaran yag bakal diTERIMA kerana terpaksa itu namun, akan sampai pada satu tahap manusia itu tidak akan mampu. tidak mampu untuk menghadapi keterpaksaan itu lagi. buntu. bosan.

anjakan perlu dibuat. motif perlu ditukar. niat perlu diperbetulkan.

erti hidup pada memBERI. ya tuan-tuan dan puan-puan. memBERI lebih bermakna dari menTERIMA.

fikirkan apa yang anda mampu BERI untuk keluarga anda. fikirkan apa yang anda mampu BERI untuk komuniti anda. fikirkan apa yang anda mampu BERI dengan pekerjaan anda. bukankah itu lebih bermakna? justeru Islam mencemuh manusia yang menganggur, bekerjalah, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. pernah suatu ketika saya bertanya kepada seorang guru di sekolah saya. "cikgu, banyaknya aktiviti (tanggungjawab) cikgu kat sekolah ni. cikgu tak penat ke?" "memangla penat tapi tak apalah kita berehat di akhirat sana nanti" sampai bila-bila saya tak akan lupa kata-kata amanat itu, Insyaallah.

dari memikirkan apa yang akan kita dapat, adalah lebih baik berfikir apa yang telah kita sumbangkan kepada komuniti kita. kita mahu komuniti sempurna sebagaimana kita sendiri mahukan kesempurnaan.

contohnya, kalau kita cinta akan seseorang sudah tentu kita sanggup berikan apa sahaja untuk menggembirakan hatinya. kita mahu berikan apa yang kita suka, cinta kepadanya sebagai tanda kasih, cinta dan sayang kita. kita mahukan yang terbaik untuknya sebagaimana kita mahu yang baik-baik untuk diri kita. seperti dalam lagu anuar zain 'sedetik lebih' . kah kah kah siapakah anuar zain? silalah google sendiri.

kasihku...ku amat mencintai kamu
kerana kau beri erti hidup

aplikasikan contoh ini dalam bidang anda. bukankah itu lebih bermakna dan bermanfaat? we give the best. mak su cakap whatever you are be a good one..

dan saya akhiri entry kali ini dengan sebuah hadith. harap memberi ingatan kepada diri saya sendiri yang selalu terlupa atau buat-buat lupa dan tak sedar diri. hayatilah dude~

"Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

anda mahu bahagia maka mulalah dengan memberi kebahagiaan.

Wasalam.



1 comment:

oJAh said...

Sometime in this life, we can't get everything that we like. and sometimes, the thing that we hate the most is the best for us. He knows best..that's why we need to pray hard ask Him to guide us and ease everything for us..Atul, fighting!!!