Tuesday, June 28, 2011

ibu ialah pendidik saya

masuk kereta dengar pasal komitmen, masuk kedai runcit dengar mak cik tu cakap hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

kat kedai runcit aishah beli sticker ABC. balik rumah aishah dan nenek tampal sticker di dinding sambil nyanyi lagu ABC.

teringat dulu, ibu akan sediakan sekurang-kurangnya 10 soalan matematik untuk saya sebelum ibu solat zohor. ibu tulis kat papan hitam besar. masa tu kat rumah arwah atuk ada papa hitam yang sangat besar. oh atuk, semoga atuk tenang di sana. saya akan buat bila disuruh ibu. masa tu saya tahun 1. 2-2=0...5+4=9..

usai solat zohor ibu akan semak. saya pulak sambung tengok satria bajak hitam, gaban, power rangers...kahkahkah. that was nostalgic. kat rumah sendiri dulu pun ada papan hitam yang sangat besar. boleh lukis-lukis but still pendidikan seni dapat C hampeh

Assalamualaikum =)

No comments: