Tuesday, June 28, 2011

ibu ialah pendidik saya

masuk kereta dengar pasal komitmen, masuk kedai runcit dengar mak cik tu cakap hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

kat kedai runcit aishah beli sticker ABC. balik rumah aishah dan nenek tampal sticker di dinding sambil nyanyi lagu ABC.

teringat dulu, ibu akan sediakan sekurang-kurangnya 10 soalan matematik untuk saya sebelum ibu solat zohor. ibu tulis kat papan hitam besar. masa tu kat rumah arwah atuk ada papa hitam yang sangat besar. oh atuk, semoga atuk tenang di sana. saya akan buat bila disuruh ibu. masa tu saya tahun 1. 2-2=0...5+4=9..

usai solat zohor ibu akan semak. saya pulak sambung tengok satria bajak hitam, gaban, power rangers...kahkahkah. that was nostalgic. kat rumah sendiri dulu pun ada papan hitam yang sangat besar. boleh lukis-lukis but still pendidikan seni dapat C hampeh

Assalamualaikum =)

Thursday, June 23, 2011

macam terkesan

Salam

lepas hantar amir ke sekolah, tiba-tiba telinga menangkap sebaris ayat yang berkumandang dari corong radio, "terpaksa jadi engineer tapi minat akauntan" zass...

kerana terpaksa manusia itu bisa bosan. manusia itu mula hilang minat. kerana dek pemikiran keterpaksaan itu manusia kerugian. walau keterpaksaan itu diteruskan dengan menimbang ganjaran-ganjaran yag bakal diTERIMA kerana terpaksa itu namun, akan sampai pada satu tahap manusia itu tidak akan mampu. tidak mampu untuk menghadapi keterpaksaan itu lagi. buntu. bosan.

anjakan perlu dibuat. motif perlu ditukar. niat perlu diperbetulkan.

erti hidup pada memBERI. ya tuan-tuan dan puan-puan. memBERI lebih bermakna dari menTERIMA.

fikirkan apa yang anda mampu BERI untuk keluarga anda. fikirkan apa yang anda mampu BERI untuk komuniti anda. fikirkan apa yang anda mampu BERI dengan pekerjaan anda. bukankah itu lebih bermakna? justeru Islam mencemuh manusia yang menganggur, bekerjalah, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. pernah suatu ketika saya bertanya kepada seorang guru di sekolah saya. "cikgu, banyaknya aktiviti (tanggungjawab) cikgu kat sekolah ni. cikgu tak penat ke?" "memangla penat tapi tak apalah kita berehat di akhirat sana nanti" sampai bila-bila saya tak akan lupa kata-kata amanat itu, Insyaallah.

dari memikirkan apa yang akan kita dapat, adalah lebih baik berfikir apa yang telah kita sumbangkan kepada komuniti kita. kita mahu komuniti sempurna sebagaimana kita sendiri mahukan kesempurnaan.

contohnya, kalau kita cinta akan seseorang sudah tentu kita sanggup berikan apa sahaja untuk menggembirakan hatinya. kita mahu berikan apa yang kita suka, cinta kepadanya sebagai tanda kasih, cinta dan sayang kita. kita mahukan yang terbaik untuknya sebagaimana kita mahu yang baik-baik untuk diri kita. seperti dalam lagu anuar zain 'sedetik lebih' . kah kah kah siapakah anuar zain? silalah google sendiri.

kasihku...ku amat mencintai kamu
kerana kau beri erti hidup

aplikasikan contoh ini dalam bidang anda. bukankah itu lebih bermakna dan bermanfaat? we give the best. mak su cakap whatever you are be a good one..

dan saya akhiri entry kali ini dengan sebuah hadith. harap memberi ingatan kepada diri saya sendiri yang selalu terlupa atau buat-buat lupa dan tak sedar diri. hayatilah dude~

"Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

anda mahu bahagia maka mulalah dengan memberi kebahagiaan.

Wasalam.



Monday, June 20, 2011

when adam met hawa 2


Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

( http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/baraka-allahu-lakuma/ )


Selamat pengantin baru diucapkan kepada Adlin&Zaidan..semoga berkekalan hingga hujung nyawa

sekitar majlis perkahwinan

(sumber: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150206425944506.316365.640484505)

nikah


macaron, velvet cupcake, velvet cake ball
emiza sugar bites
0102201947
berrytsa@yahoo.com

nasib baik ambil ini dahulu sebab lepas makan nasi je bites-bites ini kehabisan..haha kau memang dasar

hmm..ada iras-iras tak?

peace

nyum-nyum

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

sangat pemalas okey entry kali ini..kau copy paste je eh lagu maher zain. takpe-takpe kewajipan lagi banyak dari masa yang ada. jangan lupa solat ye sayang =)

Thursday, June 16, 2011

when adam met hawa


al-Rum (30): 21
Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan DIA menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.

Alhamdulillah, rakanku dua orang telah selamat berkahwin. teman sepermainan semasa sekolah rendah. dulu main gelang-getah, batu seremban, pukul berapa datuk harimau sama-sama. sekarang dah dewasa dah. tahniah untuk shidah&pasangan dan aisyah&pasangan. semoga berkekalan hingga hujung nyawa.

i know..the bride kecik sangat kan? memang dari dulu size tu

siap ada buku autograph lagi tuh..




hep hep

gambar di atas adalah rakan-rakan sekolah rendah dulu masa darjah enam, 6 Angsana '99. wedding Shidah ni dah ala-ala reunion kitorang pulak hehe. macam biasa, yang paling nakal ialah Farouk. kesian Yasmin kena usik dengan Farouk. Farouk memang dibenci ramai kerana nakal dan degil. kecoh giler time makan. buat macam tak ada orang lain dah. terbawa-bawa sampai ke meja pengantin riuhnya. sampai Wani kene announce "sorrylah ye..kitorang memang macam ni dari dulu" Adah yang dengar Wani announce macam tu. Wani memang dari dulu taiko ala-ala ketua segala event. tapi saya rasa Bai la yang paling kelakar. cool habisan. gelak je saya. kami seperti akrab kan? diorang ni memang rajin gather sama-sama. saya yang jarang join. mungkin tak ada kesempatan.

tapi yang lebih menarik, dalam ramai-ramai member sekolah rendah ni ada yang bertunang dengan member sendiri gak. diorang ni time sekolah rendah dulu couple. wah kecik-kecik dah pandai eh (jangan cakap orang lebih-lebih hehe). then secondary school and uni lain-lain. tiba-tiba je diorang bertunang. bila fikir-fikir balik macam tak percaya. macam buat satu pusingan je diorang ni. kembali ke titik permulaan. tapi dah jodoh la katakan. sama padan. lepas ni turn majlis diorang la pulak. nak tahu siapa, kenalah tunggu next year!

the following weekend ada event lagi. engagement. siapa? rahsia..tunggu wedding dulu baru saya letak her picture, ok? so letak sekitar di tempat kejadian je la eh..
bukan afiqah

bukan mereka ni punye engagement

mereka tu pun bukan

habis siapa...?

nantikan....

jadi inilah salah satu dari fasa kehidupan, perkahwinan. marriage. زواج. le mariage. Śādī. casamento. pelbagai istilah menggambarkan maksud yang sama. kehidupan bersama dua insan yang sebelum ini sendiri. semoga mendapat keberkatan dan redha illahi. amin.

Thursday, June 2, 2011

outing


Salam,

Sabtu lepas keluar meronda-ronda dengan afiqah. tak lah meronda sangat pun. jalan-jalan je. tu pun tak lama, 6.30 dah sampai rumah balik. kami cari present untuk wedding member. wedding? member? wedding member? member kau kahwin? hahahaha. ok tak lawak tapi seram. eh tak. tak. maksud saya, tahniah! so jalan-jalan sampai sakit kaki. itulah yang selalu terjadi apabila keluar bersiar-siar di mall. tak kira lagi kalau keluar dengan saed. adeh budak tak nak membesar tu kalau diajak keluar rasanya satu malaysia ni dia nak jelajah. ada je. "atul, jom...." itulah ayat dia selalu. tapi selalu yang jadi mangsa nazira la. tapi tak apa nazira suka jalan-jalan. walaubagaimanapun saed agak sopan-santun jika di rumah. gadis muslimah sejati. eh? adakah entry kali ini berkisar mengenai saed? tidak. tidak. ini bukan blog saed. kalau mahu baca blog saed silalah ke sini ok.

ok alang-alang dah sampai mall ini afiqah pun teruja mahu merealisasikan hobinya. archery. memanah. saya pun izinkan. kalau tak izin nanti dia nangis. hahaha. kalau afiqah baca ni mesti saya kena dengan dia.
srikandi siap sedia dengan arrow!

take a photo first before shooting =)

ready to shoot!

budak gemuk sakit perut duduk tepi je jadi penonton dan tukang ambil gambar. sebab kalau berdiri pun sakit perut macam mana kau nak shoot? sian afiqah. dia sangat teruja dapat keluar dengan saya. ha? hahaha. tapi saya pulak memang tak sihat pada hari itu. memang dari rumah dah rasa tak berapa nak sihat. tapi janji tetap janji. outing tetap outing. malangnya kat mall sakit makin teruk. tapi tak lah teruk sangat sebab boleh lagi drive balik rumah. alhamdulillah, dapat la gak present yang diidam-idamkan kalbu. tapi malam tu saya terus demam! kena gelak dengan ibu. Photobucket

esoknya pula keluar menemani kak bee mencari kain baju. masuk kereta je abang man tegur "eh, kata demam...?" hehehe dah kurang, alhadulillah. sebenarnya nak cari tempat kursus kak bee tapi lepas tu membawa ke kedai kain pula. rambang mata. rambang mata. kak bee la yang rambang. saya main mata.
budak gemuk dan budak montel

malamnya kami sekeluarga makan bersama beramai-ramai. lalalalala~