Thursday, May 26, 2011

27 kali ganda..ha?hang biaq betui..?!

Salam,

last night i was watching this video. i like it. it has a MESSAGE. very BIG one. we have heard about the message before but in this video the message is presented in a very awesome way! and i would like to share it with you guys if you guys haven't watch it yet. so this is it...


the vlogger has other videos where you can watch those vids at youtube.


aisya: dada, long bukak ni buleh? endi
saya:hm?
aisya:ni..endi..
saya:ini cd
aisya:hemm~
saya:c..
aisya:c..
saya:d..
aisya:d..
saya:cd!
aisya:endi!
saya:hahaha c..
aisya:c..
saya:d..
aisya:d..
saya:cd!
aisya:endi!
saya:cd!
aisya:*silent and senyum*

so enjoy watching inianwarhadi, guys =) and gain something from it. as usual don't forget to pray!

Tuesday, May 24, 2011

generation gap

ayah kata nanti...
lepas tu ayah suruh je...
ibu kata kenapa...
tapi saya nak cuba...
sebab saya nak pergi...
lepas tu nanti saya buatla...
ayah kata dulu abang bun pun macam tu...
tapi abang ib kata cuba dulu...
saya nak rasa...
saya nak juga...
akhirnya saya tak nak buat apa-apa
kahkahkah alasan
tapi, saya tahu nanti akhirnya jadi macam mana...
jadi seperti selalu..
macam la tak tahu

seperti selalu jangan lupa tunaikan solat!

(ni slot samarinda 'banyak' sangat tengok drama)


Friday, May 20, 2011

Kita menghukum tanpa menyediakan jalan keluar

Salam

semasa makan kuih keria..

saya : aisya, makan sendiri ye boleh?
aisya : tak bule, Dada (which is me) nggit ncik-ncik bule?ha..iesya nak matan ncik-ncik
saya : hmm...

dulu ayah selalu hantar saya ke sekolah.
even sampai uni pun.
sekarang saya hantar ayah ambil ubat di klinik. tadi teman ayah ke klinik untuk mengambil ubat. with aisya my niece. sampai je ayah ke kaunter ambil nombor. ayah jalan sangat perlahan. sambil muka menahan sakit. kaki ayah dah tak kuat. ayah kata pergilah ajak aisya makan dulu ni mesti lama. mula-mula saya tunggu sementelah aisya pun tak buat perangai. tapi lepas tu ayah suruh kali ke-2 ajak aisya pergi taman. saya akur. bunyi seperti anak yang baik bukan? kahkahkah saya cuba jadi lebih baik tapi belum cukup. saya anak yang tak adalah baik dan berguna untuk disandarkan harapan sangat untuk hidup dengan lebih bermakna. but hey i am trying here. sure? hehe i guess. realitinya ayah semakin tua. realitinya saya semakin dewasa. realiti itu pahit. sometimes. tapi saya harap saya sentiasa bersedia untuk realiti. tiada lagi peter pan dan wendy. the boy who never grow up. atul, mahu mula mencari kerja ? ok! Ok plan nak hidup atau ok sambung tak buat apa-apa? haha.ok..ok..

ketika sedang melepak seperti biasa di rumah bersama kakak dan adik saya.

saya : kak~ tinggallah kita tiga orang yang tak berguna..!!! hahaha
kakak : kau seorang je
amir : aah..kak diya seorang je ok. at least, kite pandai masak~

blah la blah. eh betul..kakak kerja. amir walaupun hari-hari baca komik online tapi dia masih seorang murid. jadi mereka insan berguna buat masa sekarang. saya je lah yang macam free je..free itu patut dirisaukan. free itu patut dibuat rancangan. free itu patut difikirkan dengan dalam.

walaubagaimanapun Alhamdulillah, hardcover report dan clarance form dah hantar. begitu juga dengan form JPA. Alhamdulillah. sewaktu menghantar..

saya : Assalamualaikum sir.
Prof Umar : Waalaikumussalam. so, you have finished huh?
saya : yes, alhamdulillah (he was my examiner during the presentation dude~)
Prof Umar : good..
saya : *sengih* (well you know i don't do much talking..wehee~~)

saya tak dapat sign Dr. O.K untuk form JPA tu..punyalah penat saya berlatih translate ayat dalam form tuh nak bagi beliau sign (the form is in malay..Dr O.K pulak bukan malay). tapi harapan je la..busy sokmo. saya pun duduk kat department sambil fikir adakah Dr. O.K akan menapak ke ofis beliau sebentar lagi. should i wait? should i? or should not? lalu tangan pun sms fiqa tanya pendapat dia adakah HOD saya akan masuk atau tidak. tengah fikir tu Dr Teddy pun lalu

saya : Assalamualaikum sir.
Dr Teddy : Waalaikumussalam. Have you finished everything? (Agaknya kalau jadi lecturer memang sokmo tanya kite dah finish anything, something, everything..)
saya : Alhamdulillah, i have sent my report.
Dr Teddy : Ok. that's good. *sambil senyum*
saya : *senyum semula* sambil tertanya dalam HATI, kenapa baru sekarang sir tampal notis itu. rumah saya bukan sekangkang kera. tapi tak mengapa. saya suka lepak di uni jua~

Nasib baik Dr. Zuraida ada saya pun mintak je beliau sign.rumah saya jauh kalau nak datang lagi dan tunggu Dr O.K yang sign. lepas tu hantar ke sdev. settle. i really hope everything is going to be fine. Alhamdulillah.

jumpa Dr. Khaizuran, my supervisor. Teserempak dengan classmates kak fairuz, asiah, fathiyah, anum,atie, khairul ashraz,firwan some tak tahu nama. lalu di laluan sepanjang perjalanan ke sdev. tiba-tiba rasa sesuatu di dalam. dalam hati. dalam jiwa. sesuatu itu sangat deep. sesuatu itu macam sesuatu yang hilang. sesuatu itu tak akan ada ganti. sesuatu itu dah jadi history.

rindu. saya rindu nak belajar dengan kawan-kawan. ye saya sangat rindu. saya rindu masa-masa itu. masa yang tak akan berulang tak akan berganti. masa yang dah jadi history. setiap permulaan ada pengakhiran. itu yang pasti.


p/s - tajuk entry kali ni tak ada kaitan pun dengan content ^_^
- don't forget to pray!


Wednesday, May 11, 2011

bila farhan darjah satu

semasa menyiapkan kerja sekolah farhan. saya tanya farhan satu abjad. masa tu dia tengah tulis huruf u dalam buku kerja English.


saya: han ni apa?
han: u-mobile
saya: ha? hahaha
han: u-mobile...
saya: ini small u. ini capital u


kemudian...


saya: han, bintang dalam bahasa English apa?
han: star!
saya: bulan?
han: moon!
saya: matahari?
han: sun!
saya: bumi?
han: aptober!
saya: ha? earth!
han: *senyum*
saya: hujan?
han: rain!
saya: laut?
han: oder!
saya: eh? sea...
han: c? huruf 'C'?
saya:...hmm...


dulu, umur 12 tahun sebelum masuk maghrib lagi dah siap mandi pakai baju kurung nak gi mengaji
sekarang masuk maghrib baru la nak pergi mandi
alahai..tu tanda dah lupa asal usul diri
tak pasti ape pulak ceritanya dikemudian hari
ya Allah yang maha pengampun, ampunilah diriku ini

Monday, May 9, 2011

nervous

semasa menunggu makanan tiba di sebuah kedai makan tepi jalan kampung pada waktu malam..

saya: hari ni hari isnin kan?
ibu:aah,kenapa?
saya:hehe takut la khamis ni
ibu:oh ramai ke?
saya:entah. rasa macam kena mandi bunga la. 'nebes' ni.
amir:semua orang nervous.
ibu:orang mandi bunga sebab nak dapat jodoh la.
saya:oh ye ke?kah kah kah..aish 'nebes'nya.
ibu:ala, orang yang dah biasa buat pun nervous. macam artis-artis tu pun sama.

erk....?? sejak bila artis-artis dijadikan standard piawaian ni? mana ada,bu. ramai lagi contoh ikutan lain yang lebih budiman untuk dijadikan ikutan.

time nak bayar..

ibu:ok, hari ni kite bayar sempena hari ibu. tak ada siapa nak sambut, abang ib je yang balik bawak sup ekor.

saya dah tersengih je. sorry bu, tak dapat kerja lagi. duit kat bank pun nak kering dah tu hehe..tak sangka zaman turut merubah ibu. ibu&ayah ni boleh dikira orang dulu-dulu yang mana la nak layan+sambut hari ibu ke hari ayah ke hari apa-apa pun la melainkan hari raya atau yang wajib-wajib je. kira terpengaruh dengan tv la ni ibu. apa-apa pun setiap hari ialah hari untuk ibu hehe (ayat nak elak dari kena buat kerja rumahtangga). balik rumah je..alamak, lupa nak bungkuskan air tembikai untuk kakak! huhu sorry kak!

Chad dah meninggal. sedih. Chad baru 25 tahun. muda. dia accident depan rumah tok wan sebab kena langgar dengan lori kuari. Chad baik, lepak and slumber. Sedihnya, menangis la gak. selamat tinggal Chad. mati tu bila-bila je.