Thursday, March 31, 2011

Hidup ini tak lekang dari ujian

Salam,

Petang tadi selepas solat asar, ibu menyuruh saya segera bersiap. Mahu melawat saudara kami di ICU. Ayah tak sihat. kami berdua sahaja dari rumah. kemudian ambil mak cik saya di rumahnya. sebenarnya, ingat-ingat lupa jalan ke hospital klang itu. hampir sampai ke hospital, saya telah tersalah ambil lorong. Dari mahu ke hospital, kereta menghala ke westport pula. adeh...saat-saat penting sebegini boleh pulak saya mensesatkan jalan. saya pun membuat u-turn. nasib baik boleh. suspen-suspen.

Alhamdulillah, sampai jua. park kereta. naik lift. nampak lah saudara-mara yang lain. hanya dua orang pelawat dibenarkan pada satu masa. berbual sebentar bertanyakan situasi yang berlaku. terpamer riak kesedihan. Allah..aku mohon diberikan yang terbaik,dipermudahkan segalanya. semoga kejadian ini membawa kami menginsafi diri. mambawa kami agar sering berharap kepada-Mu, memohon kepada-Mu, mengingati-Mu, mensyukuri setiap ni'mat-Mu..ya rabb. sihat,muda,hidup,kaya,lapang sebelum sakit...tua..miskin..sibuk..dan..mati.



baru sebentar tadi bergelak ketawa..
tanpa disangka disapa berita duka..
benarlah..
hidup ini tak lekang dari ujian-Mu..

noktah

No comments: