Saturday, December 24, 2011

bukan bibir ini berbicara, namun jiwa ini berbahasa

Sekarang chocolate adalah kegemaran saya. Birthday saya dapat chocolate, kakak belikan sepotong kek coklat. last week makan chocolate dari sepupu, cupcake coklat jua dari sepupu. a change, i know. to a better stage, i pray. sebab tu makin tembam hehe.
birthday cake

birthday present

btw, ini entry when adam met hawa 4... who's wedding?

last 2 weeks, on 4th dec another marriage, alhamdulillah. Nafidz&Kartina. Kakak jadi pengapit, tak sabar tunggu kakak kahwin pula. sooner is better. semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga Allah. A lovely song and some photos, untuk menceriakan suasana blog yang suram. :P

the pelamin for raja sehari

chocolate cupcake..nyum3

sehingga berjumpa lagi.

Saturday, December 10, 2011

pada suatu pagi yang indah

aisya : lalalala~
han : ape esha..
aisya : aisya tengah nyanyi, han~
han: macam la sedap..
aisya: ......
han: dah sudah nyanyi ke aisya~

Wednesday, November 16, 2011

1 BKrazy Day!


Assalamualaikum

how're you people? i hope you guys are doing great! so today my colleagues and I went to burger king for lunch!! ok itu bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan..ianya cuma kerana hari ni ada 1 BKrazy Day barulah kami menapak ke sana. ini semua gara-gara Apeq yang mempengaruhi 1 pdb..sementelah kami pun tiada idea nak makan apa..dan lagi kami tiada ilham dan perasaan nak buat coding hailoh hailoh...some photos untuk tatapan para pembaca..in case la ada orang nak baca blog saya yang dah bersawang ni...fufufu..(sambil tulis sambil menrisaukan coding)

we had fun for a moment...then return back to reality...may the force be with us!

then, masa nak balik kan kat tol setia alam saya dengan yakinnya masuk la lorong touch n go even though i know that the balance only left about rm0.95 i thought it is enough la kan..sekali ha...kat skrin tu keluar 'baki kurang'..what? hahaha...senyum je la. pastu mensusahkan orang kat belakang untuk reverse.

balik rumah, masuk bilik disambut oleh anak-anak kucing yang menginap di dalam almari baju saya. mak aih..dah bermalam-malam eh korang menginap kat sini, bila nak pindah?

cute, aren't they? super cute. ada 5 ekor tau! 3 orange and 2 black+orange...ok tiba-tiba teringat esok result UPSR akan keluar! weehhooo..dup dap dup dap..semoga adik syikin beroleh keputusan yang cemerlang!

jangan lupa solat!

Saturday, November 5, 2011

saya di bawah tahap threshold..and losing myself..bit by bit..

salam aidil adha...

tadi semasa sedang menolong ibu di dapur...ecece rajinnya anak siapa ni..fufufu..tolong mana yang tahu saja, yang tak tahu dipandang sepi.

baiklah, sebenarnya pada waktu ini saya sangat berasa tertekan. tadi rasa nak nangis banyak-banyak lepas tu rakam dan post kat you-tube..macam ada orang tu cakap kat saya. itu kerja gila muka hodoh tengah nangis pergi letak kat you-tube. tp lepas tu orang tu cakap lagi, lebih kurang bunyinya macam ni "relax la, kalau kena pecat cari kerja lain. ini semua dunia, akhirat lagi utama" saya pun dah tak ingat sangat struktur ayat itu. yang saya ingat lepas saya baca saya senyum sebab lega.

hmm...rasa macam susah hati sangat..tak tahula nak describe macam mana since i am a heartless person

then i found these magic extraordinary words. i really pray these words could heal my penyakit dalaman

Bismillah ...

Kita mengeluh: “Tidak mungkin”

Allah menjawab : “Jika Allah menghendaki sesuatu,cukup berkata jadi! maka jadilah” {QS. Yasin : 82}

Kita mengeluh: “Saya Terlalu Lelah”

Allah menjawab : “Aku ciptakan tidurmu untuk istirahat” {QS. an-Naba : 9}

Kita mengeluh : “Saya tidak mampu”

Allah menjawab : “Allah tidak membebankan sesuatu pada seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya” {QS. al- Baqarah : 286}

Kita mengeluh: “Saya stressss”

Allah menjawab : “Hanya mengingat Allah maka hati menjadi tenang” {QS. ar- Ra‘du : 28}

Kita mengggerutu : “Tak ada gunanya”

Allah menjawab: “Maka barangsiapa mengerjakan amal kebaikan seberat dzarrah, niscaya ia akan melihat kebaikannya” {QS. al- Zazalah : 7}

Semoga Bermanfaat dan penuh Kebarokahan dari Allah ....

saya memang malas nak tukar font tu saya copy dar facebook ni linknya
http://www.facebook.com/notes/i-love-allah-swt-and-prophet-muhammad-saw/-ketika-kita-mengeluh-/295922050425474

Monday, October 17, 2011

Awana Genting

Assalamualaikum people.

Last....i forgot actually. oh ye on 22-23 sept I was at Awana Genting. weehhoooo awana domino teambuilding race. 2 days and a night. for detail info please click here. this is part of our training. we had fun and at the same time getting to know everyone better. first thing to do was to find our team shirts. mereka telah dengan sengaja misplaced all the shirts. given a clue we need to find and at the same time come out with our team cheer. well my team was orange team. then, we had minefield and crocodile pit. we are very fortunate because we did not fall into the pond and did not get wet at all. well, we won the crocodile pit thingy. minefield was same like minesweeper, only we need to step on the right path to get to the end.

later in the evening, we had mini extreme games; archery, abseiling, rock-climbing and squash. scary but fun! rugi kalau x main. abseiling was fun. really!

at night we got ticket to go up to genting and play! but i did not do so because my friend did not want to. rugi kan? tapi takpelah. lepaking kat bilik je malam tu. the next day was domino creation. a very stress moment to complete a task. but my small team manage to handle it alhamdulillah. so, what i can conclude is planning is very important in completing any task/jobs. like a japan proverb, 'go slow to go fast', correct me if i am wrong. So during crocodile pit, my team was the last to start but we are the only team to finish without falling. so below are some photos taken during the camp.

the video of domino creation




Sunday, October 16, 2011

RED in the house !!!

Alhamdulillah, saya dah grad! but before that mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah kak diyana yang telah kembali ke rahmatullah pada 14/10/2011 jam 11.45pm sumber dari blog nik. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un; Surely we belong to Allah and to Him shall we return.

sepanjang perkenalan dengan arwah, apa yang boleh saya katakan ialah saya sangat menghormati arwah. bukan hanya sebagai seorang kakanda, saya juga menghormatinya sebagai seorang muslimah yang bisa menjadi contoh ikutan yang baik. arwah pada pandangan mata saya yang serba kekurangan ini, seorang yang punya matlamat hidup duniawi dan juga ukhrawi. oleh itu, saya sangat bershukur di sepanjang perjalanan saya sebagai seorang mahasiswa, Allah takdirkan saya bertemu dan bersilaturrahim dengan arwah. Alhamdulillah.

Arwah sepatutnya hadir pada hari convocation, membawa bersama puterinya yang baru lahir ke dunia. namun, takdir Allah mengatasi segalanya. kami redha, kami akur. semoga keluarga arwah tabah menerima ketentuan Illahi. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

**********************************************************

jadi saya telah bergraduasi pada hari ahad 9/10/11. macam-macam perasaan ada masa tu. gembira, terharu, rindu, sedih, berdebar-debar, all in one. gembira dapat jumpa coursemates, at the same time rindu. tapi tak dapat jumpa sangat sebab masing-masing datang dengan family. I really miss undergrad! heartly.

gembira,terharu dan sedih bercampur-baur bila mengenangkan zaman bersusah-bersenang bersama. kawan-kawan yang sentiasa ada. family yang sentiasa setia. lecturers yang sentiasa di mana-mana. Alhamdulillah. Untuk ibu dan ayah yang sentiasa saya rindu walau di depan mata, kejayaan ini untuk ibu dan ayah. sahabat-sahabat, mengenali kalian adalah perkara terindah dalam hidupku. marilah, kita menjadi khalifah Allah yang mentadbir bumi ini sebagaimana kehendak-NYA. saya ni memang suka buat speech kat blog sendiri.

on 7th oct, friday I went to UKM to visit my dearest kak umi and kak fairuz. sementelah saya cuti dan tiada dating. dating? pfft, i was joking. tak ada aktiviti, tiba-tiba terasa nak lawat ukm. but before that saya makan 'langsat'. =P saya sesat la nak ke ukm tuh. sesat sampai putrajaya! wetland,dengkil. after two hours lost in the 'jungle', i succesfully arrived at kolej pendeta za'ba. phew~ i met kak umi only, kak fairuz went out already. so we chit-chat a little bit. a little bit ke atul kalau pukul 6 baru terkocoh-kocoh nak balik. eh eh eh a little bit la kan k umi? sebab pkul 3 kot baru sampai. pagi tu ke uia, ambil robe then, straight way to bangi. sampai-sampai je call kak umi, punyalah kak umi tak percaya saya dah kat bawah kolej dia. dia pun turun, hug-hug sikit. bergenang mata kak umi, rindu sangat agaknya. haha

around 6pm baru la teringat nak balik. Jammed nak keluar dari ukm. and again, i lost on my way back to klang. kaki sesat is my middle name agaknya. tengah sesat tu aishah called! dan tiba-tiba terus teringat saya ada janji dengan aishah! I forgot, totally! (reminder: this entry going to be very long so stay tuned)

sebenarnya seminggu sebelum tu telah berjanji dengan aishah untuk membantunya dalam persiapan wedding along. along ialah kakak aishah. busy kan saya. well popular lady memang macam ini. no, i was joking again. i think this entry going to be a merapu entry. fokus atul, fokus!

saya janji nak rewang petang jumaat kat rumah aishah. tapi saya terlupa. malam tu ada tahlil rupanya. saya tak pergilah, sebab penat seharian di atas jalan. saya pergi wedding along esoknya, 8/10/11. seawal 9.30 saya dah tercongok depan pintu rumah aishah. guilty. tapi aishah cool, dia relax je. tu maknanya saya hadir atau tak tak wedding tetap berjalan. dalam erti kata lain, atul tak penting. atul, don't assume please. ok tak assume, omong-omong kosong cuma.
along sangat cantek! baraka allahu lakuma. setelah ditimbang-timbang saya nak buat entry khas memandangkan tak relevan saya nak tulis panjang-panjang tanpa sebab-musabab yang jelas. when adam met hawa 3.

oh ya..handphone saya dah dikembalikan. Alhamdulillah, shukur sangat. terima kasih adik yang memulangkan handphone akak yang clumsy ini. ayah kata kena belanja adik itu makan. saya pun membelanjakan la duit saya. tapi amir tiba-tiba masuk dalam senarai orang yang saya belanja pada hari itu..i am confused. but since blood-related, I forgive.

Thursday, October 13, 2011

4 perkara

Assalamualaikum anak2

Ececece macam nenek 60 tahun je. baiklah, hari ini nak mengkhabarkan berita sedih. handphone saya hilang !!!

pada suatu hari yang damai saya dan teman-teman setraining telah menapak ke library. ini ialah pada hari selasa lepas 11/10/11. ramai gak yg turun. adalah dalam 16 orang. nanti kalau ada masa saya introduce them,ok? seharian kami mentelaah bersama. tibalah waktu petang nak balik saya pun mencari-cari kunci kereta dan handphone. tapi..tapi..tapi hanya terdapat kunci kereta. handphone tiada! jiwa mula bergolak.

dalam kereta nak balik masih lagi tenang sebab ada shikin an asilah yg mententeramkan jiwa. after drop them at shah alam I straight away go back to meru..masa tu macam dah sedih sangat sampai terlanggar tiang parking kereta kat rumah. I scratched my myvi. 1st thing hp hilang. 2nd thing myvi calar banyak!!!

dengan lemah longlai masuk ke rumah. jiwa bergolak tak dapat dibendng lagi. air mata pun menitis dengan lajunya. dari maghrib sampai nak tidur saya bersedih. esoknya pegi training dengan mata sembab. dah tu tak boleh jawab soalan quiz tu. that is the third thing. quiz the whole day!! cuba korang bayangkan?

Today, I got fever which is the fourth thing. Sabar jelah. sayangnya handphone hilang. tak boleh fikir dah. Sebabkan 4 perkara itu telah membantutkan entry-entry sebelum ini seperti entry lawatan ke bilik kak umi dan entry convocation. ceh, alasan. in life there are only two things. either u want to do it or u don't want to do it (May May,SHRDC).

Don't forget to pray

Monday, September 26, 2011

i got scolded for silly mistakes,yeah!

hari ini saya dimarahi oleh instructor saya kerana coding saya salah
rasa macam nak terjun laut
nasib baik kat meru ni tak ada laut
saya sedih tapi saya belajar itu yang saya suka
disebabkan perasaan saya tak stabil selepas kena marah
saya tak dapat nak buat entry pasal saya pergi awana genting
lagi-lagi ada kerja untuk dihantar esok
jadi saya nak buat-buat la kerja tu
harap-harap esok tak dimarahi lagi
=(
nak spill kat kakak,tapi lately kakak sangat busy huhu

Saturday, September 17, 2011

UPSR 2011




suatu petang yang damai

saya: eh, kakak ada tahi lalat kat lengan la. ha, sebab tu la kakak pandai buat kerja!
kakak: *tengok saya sambil buat muka pelik*
saya: kakak ada tahi lalat kat kaki tak.
kakak: tak ada.
saya: kalau ada mesti kaki jalan. sini nak tengok. (sambil membelek2)
kakak: tak ada la.
saya: habis tu, diya ada kat mata ni maksdunya apa?
kakak: maksudya suka tidur. hahaha
saya: ces (sengal)
UPSR dah habis dan sekarang masa untuk berdoa dan bertawakal. semoga adik syikin berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. oh ye, weekend saya jadi home tutor untuk budak kecik yang bernama syikin. cerita macam mana saya boleh 'ter'jadi home tutor ini sangat lawak.

adalah satu hari tu saya dan aishah pergi menghantar resume ke sebuah kilang ni. malam tu saya dapat satu panggilan.

kak nurul: assalamualaikum
saya: waalaikumussalam
kak nurul: ni nadiatul ke?
saya: ye saya
kak nurul: ni akak ni dari kilang yang adik hantar resume siang tadi
saya: oh, ok
kak nurul: akak telefon bukan pasal kerja yang adik mintak tu
saya: *diam *
kak nurul: tapi pasal nak mintak adik tolong ajar anak akak ni ha. dia nak upsr tahun ni.

the rest is history. hahaha begitulah permulaannya. kehidupan ni macam-macam kan. minta yang lain tapi lain pula yang datang.

tapi seronok juga jadi home tutor ni. bukan saya saja yang membantu adik syikin malah saya pun ada belajar something from her. she's nice and helpful.

untuk membakar semangat adik syikin saya telah memberi sebuah kad ucapan yang eksklusif berwarna hijau. kad itu saya order di sini. saya order saja kerana saya buta seni. tangan keras.

comelkan kad di atas? it was handmade. and adik syikin sangat menyukainya. semoga syikin berjaya di dunia dan akhirat.

kalau nak order kad yang comel-comel boleh la pergi handmade by zliah. Insyaallah memuaskan hati.

sekian, Assalamualaikum.

Tuesday, September 13, 2011

fall and rise

I want to do thousands and billions of mistakes
I want to be scolded
I want to be laughed at for silly mistakes
and get stress and cry and get thin huhu
therefore I can learn and improve a lot
people make mistakes and learn from that (theoretically it is true)
but somehow I am afraid to do mistakes.. =(
I want things to go accordingly, smooth and easy by any means

I want to be talkative and friendly type of person
When I told my friends I am a quiet person, I will be laughed at
They don't buy it you know!?
But seriously it is true!
even sometimes when I am watching tv and my sister asks what is the story about I will just keep quiet and sometimes I will reply watch it la then you know, kejam kan? (But when I rajin I tell her)
Most of my family members do not talk much but that does not mean we don't talk at all!
bunyi seperti family yang membosankan, kan?
But I love all of them because we grew together and still growing together under one roof

So people be happy and do mistakes! that applies to me also!

Assalamualaikum



Wednesday, September 7, 2011

Two is better than one

Assalamualaikum

I masak magee tadi pukul 7pm sebab lapar sangat. apa magee je atul? hmm bukan tak nak makan nasi tapi saje teringin nak makan magee. dah sebulan tak makan. ces.

agaknya sebab terlalu lapar telah merebus magee bersama perencah yang belum dibuka. hopeless. ambil perencah dan buka dan kacau2 sedikit dan siap.....indah bunyinya kan?

TAPI TAK SEDAP!!!!

waaa...sejak bila magee sudah menjadi tak sedap. hadoi masak magee pun tak sedap. macam mana ni =(

tak habis pun. tapi perut masih lapar. takpe solat maghrib dulu. duduk kat depan tv. ibu lalu.

I : ibu tak panaskan tom yam ke? lapar la. nak makan.
ibu: belum. nak ke?
I : aah. hehe. (kecewa dengan magee sampai meminta ibu memanaskan tom yam siang tadi)
ibu: ni kenapa tak habis ni?
I: tak sedap. masak magee pun tak pandai. kalau amir masak sedap pulak.
ibu: macam mana nak kahwin ni? tak pandai masak.
I: entah la (perut bertambah sakit)

amir kat asrama. tak kan nak ambil dia bawa balik masak magee untuk kakak dia ni.
tom yam is better. tapi disebabkan sudah lewat maka perut tetap sakit walau sudah disumbat. sakit sampai sekarang. semoga dapat tidur malam ini. semoga esok sudah sembuh.

hakikatnya, I lebih suka makan di rumah dari makan di kedai. tapi, malangnya I kurang tahu memasak. jadi, macam mana ye? adoi, sakitnya perut...ubat pulak habis. sabar...sebab tu I suka Ramadhan. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan perut I seperti menjadi kuat. yeah!

jaga kesihatan. sekian.

Saturday, August 27, 2011

Ramadhan, aku akan merinduimu

Assalamualaikum

Alhamdulillah esok hari yang ke-27 kita berpuasa tahun ini. Semoga amalan-amalan kita semua diterima oleh Allah

Tadi balik dari terawih duduk jap dekat depan tv. tukar-tukar channel tiba-tiba ada hum saath saath hain !!! my favourite hindustan movie. dah lama dah cerita ni. rasanya masa sekolah rendah@menengah. apa lagi, layan je la. susah nak cari filem hindustan yang serupa ini sekarang. saya pun dah tak follow filem-filem hindustan yang terbaru-baru ini. pencemaran mata! hahaha. hum saath saath hain memang all time favourite la =)

I would like to congratulate to all the award winners for this coming IIUM convocation. to nik rashidah, paeh my ex-rumet, nadzlia my ex-deskmate..you guys are awesome giler!! tahniah!! and for all engineering graduates especially my classmates!! we managed to complete it together!

and also to my best friend fi dunya wal akhirat, saed ko lagi super-duper awesome. saed is going to UK for her master. not ulu kelang but the REAL UK, ok? congratz for getting the sponsorship. I am very proud of her. she worked really hard for making this a reality. i know how much she desire for this opportunity. her BIG DREAM. semoga bertemu jodoh di UK !!! haha. bestnya dapat mengejar apa yang diimpikan.

ok so i am going to continue with 3 idiots..no..i mean helping my ibu for raya preparation! lol !!



Monday, August 22, 2011

pada suatu petang

nampak tak gambar ramai-ramai kat atas tu. ada cerita ni

saya: cuba cari mak ya dalam gambar ni
aisya: mana mak ya. tak nampak pun
(puas la dia tengok dengan dekat gambar di atas. dipusing-pusing laptop saya ni.)

saya: tak jumpa ke?
aisya: *kerut dahi*
saya: ni..!
aisya: ye, betul!
(ni siapa yang suruh, siapa yang cari ni?)

lepas 5 minit...

aisya: mana mak ya ni tak ada pun (masih mode mencari saya dalam gambar di atas)
aisya: ha..ni pon. nape mak ya kat bakang*. aisya tak nampak ha..cam mana?
saya:ok la lainkali mak ya kat depan
aisya: boleh? (sambil mengangkat kenings)
saya: baiklah...

*kosa kata
bakang:belakang

sekian

Sunday, August 21, 2011

iftar

ramadhan juga sinonim dengan family gathering

sabtu pertama bulan ramadhan setiap tahun menjadi kebiasaan untuk berbuka bersama saudara-mara sebelah ayah. Alhamdulillah.

sabtu kedua bulan ramadhan tahun ini berbuka kami satu keluarga 15 orang. Alhamdulillah.

hari ini, sabtu ke-tiga bulan ramadhan berbuka bersama saudara-mara sebelah ibu di rumah mak cik. they are very LOUD !!! yeay, i like. loud here mean they all sangat MERIAH !!! I ENVY ! Alhamdulillah.


Friday, August 19, 2011

maaf

i always wish to have a younger sister since my younger brother is not so nice to me

what would it be like to have a younger sister huh? i guess i can:

1) order her around sesuka hati(hahaha)

2) tolong angkat barang bila saya masuk kolej

3) ajak keluar bila bosan duduk rumah

those will only benefit me, but we can also do something nice together like:

1) watch movie together and of course i will treat her

2) scold each other (is this nice atul?..yeah sometimes we need it)

3) sharing stuff, clothes (if we have the same size)

4) get opinion on something

5) shouting together!!

unfortunately, those will only be a dream la

blog ini ditulis bersempena adik saya amir yang berbuka di luar bersama rakan-rakannya and he is only 17....(bunyi macam seperti tak puas hati)

i should be very thankful, at least i have a superb sister!
************************************************
baiklah saya maafkan ayah hari ini sebab marah saya tadi
saya baru je plan tak nak kawan ayah
ibu pun takut nak tepon ayah
terpaksa minta kakak yang sedang bekerja tepon ayah tanya beli makanan apa hari ini
kakak pula pening kenapa pula dia yang kena tepon ayah
rupa-rupanya ayah pening+stress sebab kerja
padan muka encik muda yang sombong kena marah dengan ayah saya
ayah saya garang tau tapi baik
and he bought my favorite dish and also durian!!! yummy

like always, do not forget to pray!

Friday, August 12, 2011

mengembara

meninggalkan bilik seharian telah mengakibatkan bilik ini seperti dilanggar garuda

apa yang telah han buat ?

tak cukupkah kasih-sayang yang mak ya berikan sejak han kecil lagi?

sehingga han sanggup membawa konco-konco han 2 orang yang setia itu membuat onar di bilik mak ya

sampai hati han menconteng sampul surat mak ya dengan bintang-bintang seakan bintang naruto

apa han ingat itu twinkle-twinkle little star yang selalu mak ya dendangkan ke?

hari ini telah menemankan seorang sahabat ke uni untuk menghantar borang permohonan menyambung pengajian ke peringkat master

dan kami telah pergi dengan menaiki public transport !! yeay !!! ok bukan secara keseluruhan sebenarnya

mula naik kereta kakak kawan sehingga ke station lrt titiwangsa

ingatkan boleh terus ke station gombak tapi rupa-rupanya tidak boleh!!!

kena tukar kat station masjid jamek !! kahkahkah

takpe tak tahu kena belajar

ok setelah selesai perselisihan faham dengan kakak lrt titiwangsa (kakak tu siap tunjuk peta perjalanan lrt lagi) kitorang pun naik la lrt itu

dalam lrt dok pikir-pikir adakah ini bukan lrt tetapi star? entahlah

tiba-tiba terasa seperti pelancong yang sedang mengembara pula kerana tiada ketahuan arah jalan

menarik juga

tak la bosan memandu di lebuh raya seperti selalu (tipu selalu ke?)

akhirnya sampai jua di uni pada jam 10 pagi

urusan kat centre of postgraduate study tu tak lah lama mana pun

alhamdulillah, kawan pun dah senang hati sebab urusan dah selesai

kitorang pun buat la shooting sket kat tangga besar uni fufufu

tiba-tiba ada seorang lelaki bertanya di manakah finance division?

setelah membawa lelaki itu berjalan-jalan sekitar uni barulah menunjukkannya finance division yang sebenar (sebenarnya telah tersalah faham..kasihan)

kemudian naik cab dan lrt ke klcc

membeli magazine di kinokuniya

berkenalan dengan budak master di uni yang sama semasa di surau klcc

mereka sangat baik dan budiman

meronda-ronda membunuh masa menunggu kakak kawan habis waktu bekerja

pukul berapa entah kitorang naik kereta balik rumah

sampai rumah azan dah berkumandang

bismillah...

sekian

hari ini sangat menseronokkan kerana banyak perkara baharu yang dipelajari

alhamdulillah

Wednesday, August 10, 2011

pandulah dengan berhati-hati

kalau hari-hari naik kereta dengan ayah setiap petang macam ni ada kemungkinan dapat serangan jantung.

jantung saya asyik tersentak je.

kelmarin, semalam, hari ini....

ayah drive macam nak langgar orang je.

aduhai-aduhai.

alhamdulillah, backpain dah kurang.

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan is here

Assalamualaikum

Ramadhan datang lagi

Ramadhan itu kisahnya

ada malam lailatul qadr

sahur

iftar

solat malam

pahala berganda

bulan ibadah

jadi selamat beribadah kalian!

(entry yang tak serupa enty pun)

Sunday, July 10, 2011

pressure

my family is not supporting me...even big brother pun

saya hanya ada mereka

almost everyone paksa saya buat perkara yang saya tak suka. sedihnya

downnya saya rasa sekarang

no one is supporting me...

malangnya

malangnya

sedihnya

stressnya

asyik suruh buat perkara yang sama je

saya harap saya dapat sabar

tak ada sesiapa melainkan hanya dia..

saya tahu mereka fikir itu yang terbaik..tapi ingat senang ke?

saya pun keliru

kan saya cakap akhirnya nanti akan seperti kebiasaan yang berlaku

tapi kali ini saya benar-benar harap yang lain

saya harap yang terbaik..mungkin andai itu bukan pilihan

bersihkanlah hatiku, akal fikiranku, dan jiwaku ya Allah

Alhamdulillah


Friday, July 8, 2011

cuba kau jadi...

INNOVATIVE

CURIOSITY

INNOVATIVE

CURIOSITY

GOOD EXAMPLES


INNOVATIVE


CURIOSITY



INNOVATIVE



CURIOSITY




INNOVATIVE



CURIOSITY



CURIOSITY


CURIOSITY


I AM CURIOUS ABOUT YOU...



CURIOSITY

INNOVATIVE



CURIOSITY


but, curiosity kills the cat....pfft...blah la blah

Monday, July 4, 2011

eagle boleh hidup sampai 70 tahun

"diya..diya.."
"yup!"
"nanti lepas sembahyang tolong siram pokok bunga"
"ces" hentak-hentak kaki

di luar...mari bukak air besar-besar biar bil air ibu melambung naik BWAHAHAHAHAHAHA (keji giler) sebab aku tengok bil air bulan lepas, ibu tak payah bayar pape pun. kerajaan negeri selangor tolong bayarkan kot bil air rumah pusaka ni...wuwuwuwu

komen untuk eagle ialah..tranformasi yang menyakitkan tapi eagle berani, syabas! (tak faham eh... takpe-takpe..no sweat)

Tuesday, June 28, 2011

ibu ialah pendidik saya

masuk kereta dengar pasal komitmen, masuk kedai runcit dengar mak cik tu cakap hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

kat kedai runcit aishah beli sticker ABC. balik rumah aishah dan nenek tampal sticker di dinding sambil nyanyi lagu ABC.

teringat dulu, ibu akan sediakan sekurang-kurangnya 10 soalan matematik untuk saya sebelum ibu solat zohor. ibu tulis kat papan hitam besar. masa tu kat rumah arwah atuk ada papa hitam yang sangat besar. oh atuk, semoga atuk tenang di sana. saya akan buat bila disuruh ibu. masa tu saya tahun 1. 2-2=0...5+4=9..

usai solat zohor ibu akan semak. saya pulak sambung tengok satria bajak hitam, gaban, power rangers...kahkahkah. that was nostalgic. kat rumah sendiri dulu pun ada papan hitam yang sangat besar. boleh lukis-lukis but still pendidikan seni dapat C hampeh

Assalamualaikum =)

Thursday, June 23, 2011

macam terkesan

Salam

lepas hantar amir ke sekolah, tiba-tiba telinga menangkap sebaris ayat yang berkumandang dari corong radio, "terpaksa jadi engineer tapi minat akauntan" zass...

kerana terpaksa manusia itu bisa bosan. manusia itu mula hilang minat. kerana dek pemikiran keterpaksaan itu manusia kerugian. walau keterpaksaan itu diteruskan dengan menimbang ganjaran-ganjaran yag bakal diTERIMA kerana terpaksa itu namun, akan sampai pada satu tahap manusia itu tidak akan mampu. tidak mampu untuk menghadapi keterpaksaan itu lagi. buntu. bosan.

anjakan perlu dibuat. motif perlu ditukar. niat perlu diperbetulkan.

erti hidup pada memBERI. ya tuan-tuan dan puan-puan. memBERI lebih bermakna dari menTERIMA.

fikirkan apa yang anda mampu BERI untuk keluarga anda. fikirkan apa yang anda mampu BERI untuk komuniti anda. fikirkan apa yang anda mampu BERI dengan pekerjaan anda. bukankah itu lebih bermakna? justeru Islam mencemuh manusia yang menganggur, bekerjalah, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. pernah suatu ketika saya bertanya kepada seorang guru di sekolah saya. "cikgu, banyaknya aktiviti (tanggungjawab) cikgu kat sekolah ni. cikgu tak penat ke?" "memangla penat tapi tak apalah kita berehat di akhirat sana nanti" sampai bila-bila saya tak akan lupa kata-kata amanat itu, Insyaallah.

dari memikirkan apa yang akan kita dapat, adalah lebih baik berfikir apa yang telah kita sumbangkan kepada komuniti kita. kita mahu komuniti sempurna sebagaimana kita sendiri mahukan kesempurnaan.

contohnya, kalau kita cinta akan seseorang sudah tentu kita sanggup berikan apa sahaja untuk menggembirakan hatinya. kita mahu berikan apa yang kita suka, cinta kepadanya sebagai tanda kasih, cinta dan sayang kita. kita mahukan yang terbaik untuknya sebagaimana kita mahu yang baik-baik untuk diri kita. seperti dalam lagu anuar zain 'sedetik lebih' . kah kah kah siapakah anuar zain? silalah google sendiri.

kasihku...ku amat mencintai kamu
kerana kau beri erti hidup

aplikasikan contoh ini dalam bidang anda. bukankah itu lebih bermakna dan bermanfaat? we give the best. mak su cakap whatever you are be a good one..

dan saya akhiri entry kali ini dengan sebuah hadith. harap memberi ingatan kepada diri saya sendiri yang selalu terlupa atau buat-buat lupa dan tak sedar diri. hayatilah dude~

"Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

anda mahu bahagia maka mulalah dengan memberi kebahagiaan.

Wasalam.



Monday, June 20, 2011

when adam met hawa 2


Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

( http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/baraka-allahu-lakuma/ )


Selamat pengantin baru diucapkan kepada Adlin&Zaidan..semoga berkekalan hingga hujung nyawa

sekitar majlis perkahwinan

(sumber: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150206425944506.316365.640484505)

nikah


macaron, velvet cupcake, velvet cake ball
emiza sugar bites
0102201947
berrytsa@yahoo.com

nasib baik ambil ini dahulu sebab lepas makan nasi je bites-bites ini kehabisan..haha kau memang dasar

hmm..ada iras-iras tak?

peace

nyum-nyum

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

sangat pemalas okey entry kali ini..kau copy paste je eh lagu maher zain. takpe-takpe kewajipan lagi banyak dari masa yang ada. jangan lupa solat ye sayang =)

Thursday, June 16, 2011

when adam met hawa


al-Rum (30): 21
Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan DIA menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.

Alhamdulillah, rakanku dua orang telah selamat berkahwin. teman sepermainan semasa sekolah rendah. dulu main gelang-getah, batu seremban, pukul berapa datuk harimau sama-sama. sekarang dah dewasa dah. tahniah untuk shidah&pasangan dan aisyah&pasangan. semoga berkekalan hingga hujung nyawa.

i know..the bride kecik sangat kan? memang dari dulu size tu

siap ada buku autograph lagi tuh..




hep hep

gambar di atas adalah rakan-rakan sekolah rendah dulu masa darjah enam, 6 Angsana '99. wedding Shidah ni dah ala-ala reunion kitorang pulak hehe. macam biasa, yang paling nakal ialah Farouk. kesian Yasmin kena usik dengan Farouk. Farouk memang dibenci ramai kerana nakal dan degil. kecoh giler time makan. buat macam tak ada orang lain dah. terbawa-bawa sampai ke meja pengantin riuhnya. sampai Wani kene announce "sorrylah ye..kitorang memang macam ni dari dulu" Adah yang dengar Wani announce macam tu. Wani memang dari dulu taiko ala-ala ketua segala event. tapi saya rasa Bai la yang paling kelakar. cool habisan. gelak je saya. kami seperti akrab kan? diorang ni memang rajin gather sama-sama. saya yang jarang join. mungkin tak ada kesempatan.

tapi yang lebih menarik, dalam ramai-ramai member sekolah rendah ni ada yang bertunang dengan member sendiri gak. diorang ni time sekolah rendah dulu couple. wah kecik-kecik dah pandai eh (jangan cakap orang lebih-lebih hehe). then secondary school and uni lain-lain. tiba-tiba je diorang bertunang. bila fikir-fikir balik macam tak percaya. macam buat satu pusingan je diorang ni. kembali ke titik permulaan. tapi dah jodoh la katakan. sama padan. lepas ni turn majlis diorang la pulak. nak tahu siapa, kenalah tunggu next year!

the following weekend ada event lagi. engagement. siapa? rahsia..tunggu wedding dulu baru saya letak her picture, ok? so letak sekitar di tempat kejadian je la eh..
bukan afiqah

bukan mereka ni punye engagement

mereka tu pun bukan

habis siapa...?

nantikan....

jadi inilah salah satu dari fasa kehidupan, perkahwinan. marriage. زواج. le mariage. Śādī. casamento. pelbagai istilah menggambarkan maksud yang sama. kehidupan bersama dua insan yang sebelum ini sendiri. semoga mendapat keberkatan dan redha illahi. amin.

Thursday, June 2, 2011

outing


Salam,

Sabtu lepas keluar meronda-ronda dengan afiqah. tak lah meronda sangat pun. jalan-jalan je. tu pun tak lama, 6.30 dah sampai rumah balik. kami cari present untuk wedding member. wedding? member? wedding member? member kau kahwin? hahahaha. ok tak lawak tapi seram. eh tak. tak. maksud saya, tahniah! so jalan-jalan sampai sakit kaki. itulah yang selalu terjadi apabila keluar bersiar-siar di mall. tak kira lagi kalau keluar dengan saed. adeh budak tak nak membesar tu kalau diajak keluar rasanya satu malaysia ni dia nak jelajah. ada je. "atul, jom...." itulah ayat dia selalu. tapi selalu yang jadi mangsa nazira la. tapi tak apa nazira suka jalan-jalan. walaubagaimanapun saed agak sopan-santun jika di rumah. gadis muslimah sejati. eh? adakah entry kali ini berkisar mengenai saed? tidak. tidak. ini bukan blog saed. kalau mahu baca blog saed silalah ke sini ok.

ok alang-alang dah sampai mall ini afiqah pun teruja mahu merealisasikan hobinya. archery. memanah. saya pun izinkan. kalau tak izin nanti dia nangis. hahaha. kalau afiqah baca ni mesti saya kena dengan dia.
srikandi siap sedia dengan arrow!

take a photo first before shooting =)

ready to shoot!

budak gemuk sakit perut duduk tepi je jadi penonton dan tukang ambil gambar. sebab kalau berdiri pun sakit perut macam mana kau nak shoot? sian afiqah. dia sangat teruja dapat keluar dengan saya. ha? hahaha. tapi saya pulak memang tak sihat pada hari itu. memang dari rumah dah rasa tak berapa nak sihat. tapi janji tetap janji. outing tetap outing. malangnya kat mall sakit makin teruk. tapi tak lah teruk sangat sebab boleh lagi drive balik rumah. alhamdulillah, dapat la gak present yang diidam-idamkan kalbu. tapi malam tu saya terus demam! kena gelak dengan ibu. Photobucket

esoknya pula keluar menemani kak bee mencari kain baju. masuk kereta je abang man tegur "eh, kata demam...?" hehehe dah kurang, alhadulillah. sebenarnya nak cari tempat kursus kak bee tapi lepas tu membawa ke kedai kain pula. rambang mata. rambang mata. kak bee la yang rambang. saya main mata.
budak gemuk dan budak montel

malamnya kami sekeluarga makan bersama beramai-ramai. lalalalala~

Thursday, May 26, 2011

27 kali ganda..ha?hang biaq betui..?!

Salam,

last night i was watching this video. i like it. it has a MESSAGE. very BIG one. we have heard about the message before but in this video the message is presented in a very awesome way! and i would like to share it with you guys if you guys haven't watch it yet. so this is it...


the vlogger has other videos where you can watch those vids at youtube.


aisya: dada, long bukak ni buleh? endi
saya:hm?
aisya:ni..endi..
saya:ini cd
aisya:hemm~
saya:c..
aisya:c..
saya:d..
aisya:d..
saya:cd!
aisya:endi!
saya:hahaha c..
aisya:c..
saya:d..
aisya:d..
saya:cd!
aisya:endi!
saya:cd!
aisya:*silent and senyum*

so enjoy watching inianwarhadi, guys =) and gain something from it. as usual don't forget to pray!

Tuesday, May 24, 2011

generation gap

ayah kata nanti...
lepas tu ayah suruh je...
ibu kata kenapa...
tapi saya nak cuba...
sebab saya nak pergi...
lepas tu nanti saya buatla...
ayah kata dulu abang bun pun macam tu...
tapi abang ib kata cuba dulu...
saya nak rasa...
saya nak juga...
akhirnya saya tak nak buat apa-apa
kahkahkah alasan
tapi, saya tahu nanti akhirnya jadi macam mana...
jadi seperti selalu..
macam la tak tahu

seperti selalu jangan lupa tunaikan solat!

(ni slot samarinda 'banyak' sangat tengok drama)


Friday, May 20, 2011

Kita menghukum tanpa menyediakan jalan keluar

Salam

semasa makan kuih keria..

saya : aisya, makan sendiri ye boleh?
aisya : tak bule, Dada (which is me) nggit ncik-ncik bule?ha..iesya nak matan ncik-ncik
saya : hmm...

dulu ayah selalu hantar saya ke sekolah.
even sampai uni pun.
sekarang saya hantar ayah ambil ubat di klinik. tadi teman ayah ke klinik untuk mengambil ubat. with aisya my niece. sampai je ayah ke kaunter ambil nombor. ayah jalan sangat perlahan. sambil muka menahan sakit. kaki ayah dah tak kuat. ayah kata pergilah ajak aisya makan dulu ni mesti lama. mula-mula saya tunggu sementelah aisya pun tak buat perangai. tapi lepas tu ayah suruh kali ke-2 ajak aisya pergi taman. saya akur. bunyi seperti anak yang baik bukan? kahkahkah saya cuba jadi lebih baik tapi belum cukup. saya anak yang tak adalah baik dan berguna untuk disandarkan harapan sangat untuk hidup dengan lebih bermakna. but hey i am trying here. sure? hehe i guess. realitinya ayah semakin tua. realitinya saya semakin dewasa. realiti itu pahit. sometimes. tapi saya harap saya sentiasa bersedia untuk realiti. tiada lagi peter pan dan wendy. the boy who never grow up. atul, mahu mula mencari kerja ? ok! Ok plan nak hidup atau ok sambung tak buat apa-apa? haha.ok..ok..

ketika sedang melepak seperti biasa di rumah bersama kakak dan adik saya.

saya : kak~ tinggallah kita tiga orang yang tak berguna..!!! hahaha
kakak : kau seorang je
amir : aah..kak diya seorang je ok. at least, kite pandai masak~

blah la blah. eh betul..kakak kerja. amir walaupun hari-hari baca komik online tapi dia masih seorang murid. jadi mereka insan berguna buat masa sekarang. saya je lah yang macam free je..free itu patut dirisaukan. free itu patut dibuat rancangan. free itu patut difikirkan dengan dalam.

walaubagaimanapun Alhamdulillah, hardcover report dan clarance form dah hantar. begitu juga dengan form JPA. Alhamdulillah. sewaktu menghantar..

saya : Assalamualaikum sir.
Prof Umar : Waalaikumussalam. so, you have finished huh?
saya : yes, alhamdulillah (he was my examiner during the presentation dude~)
Prof Umar : good..
saya : *sengih* (well you know i don't do much talking..wehee~~)

saya tak dapat sign Dr. O.K untuk form JPA tu..punyalah penat saya berlatih translate ayat dalam form tuh nak bagi beliau sign (the form is in malay..Dr O.K pulak bukan malay). tapi harapan je la..busy sokmo. saya pun duduk kat department sambil fikir adakah Dr. O.K akan menapak ke ofis beliau sebentar lagi. should i wait? should i? or should not? lalu tangan pun sms fiqa tanya pendapat dia adakah HOD saya akan masuk atau tidak. tengah fikir tu Dr Teddy pun lalu

saya : Assalamualaikum sir.
Dr Teddy : Waalaikumussalam. Have you finished everything? (Agaknya kalau jadi lecturer memang sokmo tanya kite dah finish anything, something, everything..)
saya : Alhamdulillah, i have sent my report.
Dr Teddy : Ok. that's good. *sambil senyum*
saya : *senyum semula* sambil tertanya dalam HATI, kenapa baru sekarang sir tampal notis itu. rumah saya bukan sekangkang kera. tapi tak mengapa. saya suka lepak di uni jua~

Nasib baik Dr. Zuraida ada saya pun mintak je beliau sign.rumah saya jauh kalau nak datang lagi dan tunggu Dr O.K yang sign. lepas tu hantar ke sdev. settle. i really hope everything is going to be fine. Alhamdulillah.

jumpa Dr. Khaizuran, my supervisor. Teserempak dengan classmates kak fairuz, asiah, fathiyah, anum,atie, khairul ashraz,firwan some tak tahu nama. lalu di laluan sepanjang perjalanan ke sdev. tiba-tiba rasa sesuatu di dalam. dalam hati. dalam jiwa. sesuatu itu sangat deep. sesuatu itu macam sesuatu yang hilang. sesuatu itu tak akan ada ganti. sesuatu itu dah jadi history.

rindu. saya rindu nak belajar dengan kawan-kawan. ye saya sangat rindu. saya rindu masa-masa itu. masa yang tak akan berulang tak akan berganti. masa yang dah jadi history. setiap permulaan ada pengakhiran. itu yang pasti.


p/s - tajuk entry kali ni tak ada kaitan pun dengan content ^_^
- don't forget to pray!


Wednesday, May 11, 2011

bila farhan darjah satu

semasa menyiapkan kerja sekolah farhan. saya tanya farhan satu abjad. masa tu dia tengah tulis huruf u dalam buku kerja English.


saya: han ni apa?
han: u-mobile
saya: ha? hahaha
han: u-mobile...
saya: ini small u. ini capital u


kemudian...


saya: han, bintang dalam bahasa English apa?
han: star!
saya: bulan?
han: moon!
saya: matahari?
han: sun!
saya: bumi?
han: aptober!
saya: ha? earth!
han: *senyum*
saya: hujan?
han: rain!
saya: laut?
han: oder!
saya: eh? sea...
han: c? huruf 'C'?
saya:...hmm...


dulu, umur 12 tahun sebelum masuk maghrib lagi dah siap mandi pakai baju kurung nak gi mengaji
sekarang masuk maghrib baru la nak pergi mandi
alahai..tu tanda dah lupa asal usul diri
tak pasti ape pulak ceritanya dikemudian hari
ya Allah yang maha pengampun, ampunilah diriku ini

Monday, May 9, 2011

nervous

semasa menunggu makanan tiba di sebuah kedai makan tepi jalan kampung pada waktu malam..

saya: hari ni hari isnin kan?
ibu:aah,kenapa?
saya:hehe takut la khamis ni
ibu:oh ramai ke?
saya:entah. rasa macam kena mandi bunga la. 'nebes' ni.
amir:semua orang nervous.
ibu:orang mandi bunga sebab nak dapat jodoh la.
saya:oh ye ke?kah kah kah..aish 'nebes'nya.
ibu:ala, orang yang dah biasa buat pun nervous. macam artis-artis tu pun sama.

erk....?? sejak bila artis-artis dijadikan standard piawaian ni? mana ada,bu. ramai lagi contoh ikutan lain yang lebih budiman untuk dijadikan ikutan.

time nak bayar..

ibu:ok, hari ni kite bayar sempena hari ibu. tak ada siapa nak sambut, abang ib je yang balik bawak sup ekor.

saya dah tersengih je. sorry bu, tak dapat kerja lagi. duit kat bank pun nak kering dah tu hehe..tak sangka zaman turut merubah ibu. ibu&ayah ni boleh dikira orang dulu-dulu yang mana la nak layan+sambut hari ibu ke hari ayah ke hari apa-apa pun la melainkan hari raya atau yang wajib-wajib je. kira terpengaruh dengan tv la ni ibu. apa-apa pun setiap hari ialah hari untuk ibu hehe (ayat nak elak dari kena buat kerja rumahtangga). balik rumah je..alamak, lupa nak bungkuskan air tembikai untuk kakak! huhu sorry kak!

Chad dah meninggal. sedih. Chad baru 25 tahun. muda. dia accident depan rumah tok wan sebab kena langgar dengan lori kuari. Chad baik, lepak and slumber. Sedihnya, menangis la gak. selamat tinggal Chad. mati tu bila-bila je.

Saturday, April 23, 2011

final year project

salam,

sedang menyiapkan final year project. bersengkang mata menghabiskan laporan project akhir tahun..kah kah kah...sudah hilang akal (tipu je). sedang berusaha menyiapkan slide presentation..rakan-rakan seangkatan yang lain juga begitu, berusaha keras. kalau tak berusaha nanti akan nangis, tidak mahu nangis tapi mahu gembira bersama-sama.

saya ucapkan selamat berjaya kepada teman-teman yang disayangi sentiasa dihati paling dalam:

saed, paeh, widad, nik, thiyah,

kak umi&kak fairuz, nasyitah&nadzlia, nazira&aishah,

timah&kak d(baby, how are you?),

anis&eti, che'&amali, tasya&wiyah, eija&jus,

yana&kak ja, anom&asiah, fiza&atie,

zati&ani, najwa&nani,

ojah&tasha, afu&ainul

yang jauh di kuantan, adah

yang jarang jumpa, kiah&anas

tidak ketinggalan

azmil&bon, shakir&feroz(saed bilang perogee...), ayie and others

ya Allah tuhan yang maha memberi rahmat, yang mengasihi dan menyayangi hamba-hambanya, aku berdoa semoga aku dan rakan-rakan berjaya di dunia dan di akhirat, bahagia di dunia dan di akhirat..ameen.

doakanla saya&saed dapat present dengan cemerlang dan dipermudahkan segala urusan..sangat cuaking di kala ini..terbayang-bayang wajah examiner.

as usual, don't forget to pray =)

Thursday, March 31, 2011

Hidup ini tak lekang dari ujian

Salam,

Petang tadi selepas solat asar, ibu menyuruh saya segera bersiap. Mahu melawat saudara kami di ICU. Ayah tak sihat. kami berdua sahaja dari rumah. kemudian ambil mak cik saya di rumahnya. sebenarnya, ingat-ingat lupa jalan ke hospital klang itu. hampir sampai ke hospital, saya telah tersalah ambil lorong. Dari mahu ke hospital, kereta menghala ke westport pula. adeh...saat-saat penting sebegini boleh pulak saya mensesatkan jalan. saya pun membuat u-turn. nasib baik boleh. suspen-suspen.

Alhamdulillah, sampai jua. park kereta. naik lift. nampak lah saudara-mara yang lain. hanya dua orang pelawat dibenarkan pada satu masa. berbual sebentar bertanyakan situasi yang berlaku. terpamer riak kesedihan. Allah..aku mohon diberikan yang terbaik,dipermudahkan segalanya. semoga kejadian ini membawa kami menginsafi diri. mambawa kami agar sering berharap kepada-Mu, memohon kepada-Mu, mengingati-Mu, mensyukuri setiap ni'mat-Mu..ya rabb. sihat,muda,hidup,kaya,lapang sebelum sakit...tua..miskin..sibuk..dan..mati.



baru sebentar tadi bergelak ketawa..
tanpa disangka disapa berita duka..
benarlah..
hidup ini tak lekang dari ujian-Mu..

noktah

Saturday, March 26, 2011

Job Hunting

Salam,

hari ini nak tulis tentang apa yang berlaku semalam dan hari ini. semalam saya dan teman-teman telah pergi menapak ke PWTC sempena BN Youth Job Fair 2011. Well, I guess it offers more than what we had at KLCC However, it depends. Ada rezeki alhamdulillah, tak ada rezeki usaha lagi.

We went there by public transport.
waiting for the bus

isi minyak untuk bergerak

Bila sampai kitorang terus ke counter check point untuk mendapatkan barcode. unfortunately, paeh couldn't do so. she needs to reregister at the website. time register tu pulak tak tahu macam mana nak insert '@'. the symbol appeared differently, if i am not mistaken it was fujuitsu brand. so we find another laptop for paeh. alhamdulillah, finally she was able to register.

register first

entering the hall...
ready..go!

here we are~
top view

isi borang

isi lagi...

dan lagi...saed dah lapar sampai tarik pipi =)

alhamdulillah, akhirnya berakhir juga job hunting di pwtc ini. semoga usaha yang murni mndapat hasil.

Hari ini kami telah mengembara ke bumi UPM untuk meninjau apa yang berlaku di sana.

it was edited by saed..funny,isn't it?

we went there for postgraduate day. to get information on what they offer for master study. well, it is good to have an event like this and i hope that everyone got the information they're looking for. not only that, during this event UPM offers free admission fee (RM60) for those who apply at the event. that is the main reason why we went there =). some pictures during the event
still not decided what to do after graduated. trying to finish my final year project. i really hope that it would turn out great. so, that's it for now. have a nice day (^_^)