Sunday, November 14, 2010

Jitra, Kedah


Menghabiskan waktu petang dengan membaca kosmo bersama ibu dan ayah yang sedang menonton siaran Oasis. Meneliti berita-berita didada akhbar. Politik, bencana, sukan dan isu-isu semasa. Mata tertarik untuk membaca sisipan jurnal di halaman 54. "Tak boleh lupa mayat panggang" ialah tajuk artikel yang menarik minat saya.

Hati terus tertarik untuk meneruskan pembacaan. Mata terpaku pada satu perenggan. Dan bibir terus menuturkan kalimah suci subhanallah. Jujurnya, saya tidak pernah kenal insan yang bernama Abdul Manaf Kamsuri. Atau sejauh manakah kebenaran kata-katanya. Namun, menyelusuri rentetan kisah hidup beliau yang serba sedikit dipaparkan dalam artikel ini membuatkan saya berfikir sejenak. Apakah benar apa yang dituturkan beliau? Jika benar, subhanallah.

"Tawanan tentera Serbia memberitahu mereka melihat gerombolan manusia yang sangat tinggi, tidak seperti orang biasa, berjubah putih dan turun dari udara dengan muka bengis sambil memegang pedang untuk membunuh mereka"(KOSMO, NOV 2010).

Manaf memberitahu, pihak pengganas menyasarkan tembakan ke udara semasa serangan itu. Peristiwa berlaku 15 tahun yang lalu, semasa perang Bosnia. Semuanya kuasa Allah. Pada-Mu aku bersembah dan pada-Mu aku mohon pertolongan.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam baru sampai dari Kedah. Saudara sebelah ibu melansungkan perkahwinan anak mereka. Bertiga je pergi ke Kedah. Kakak ada exam. Amir pulak pergi Cameron. Oh ye saya dah habis final exam untuk sem ni. Last paper on 7th Nov. Awal kan? hmm target cuti ini ialah untuk menghabiskan segala buku-buku yang belum habis dibaca. Disamping itu mencari bahan untuk projek tahun akhir saya, FYP2.

Kami sampai di Alor Star lebih kurang pukul 12. Kemudian solat zohor, makan dan cari tempat untuk bermalam. Di Jitra, tengah sibuk mencari tempat bermalam saya nampak Radix Fried Chicken (RFC). Dah lama mengidam nak rasa. "Ayah, Radix Fried Chicken la. Nak makan tu la nanti". "ha, yelah nanti kita makan". Saya senyum lebar.



Sepanjang perjalanan kami dapat saksikan kesan-kesan bencana banjir. Rumah-rumah sedang dalam proses pembersihan. Ada jualan murah barang-barang plastik. Tapak-tapak sawah padi yang banjir.

Saya sangat suka bila pergi Kedah sebab boleh tengok sawah padi yang terbentang luas. Bila tengok sawah padi teringat waktu darjah 4 dulu selalu dapat C untuk subjek lukisan. hahaha. Saya tanya cikgu, "Cikgu, kenapa saya dapat C?". Cikgu cakap, "Awak lukis batas sawah tu besar sangat". hahahaha. Manalah saya tahu cikgu sebab waktu tu saya tak pernah tengok sawah padi secara live. Suka hati saya je lukis sesedap oren.
tengok dari jauh je

Petang tu ayah ajak "Jom, kata nak makan radix fried chicken". "Yeay" seperti anak kecil saya pun bersorak gembira. Seperti anak kecil ayah memenuhi permintaanku. Ok, kami pun makan ayam goreng dan burger. Em, not bad. Ibu kata tak sedap sangat. Tapi, permulaan yang bagus sebagai seorang Muslim menceburi bidang seperti ini. Juga, mendapat sambutan yang menggalakkan. Seperti cogankata yang digunakan 'Segar, Organik, Halal' sudah cukup untuk menarik minat orang ramai.

Kemudian kami singgah ke kampung Kak Bee di Kuala Nerang. Sampai rumah tok wan lebih kurang pukul 7.30 malam. Rasa seperti melawat atuk di kampung walau hakikatnya dah lama tak salam insan bergelar atuk dan nenek. Rindu. Tersenyum bila melihat ayah berborak dengan tok wan yang boleh tahan pekat loghat utaranya. Tapi itu tak menjadi masalah yang berat. Borak punya borak masa dah melewati ke 8.30. Tepat pukul 9 kami beransur pulang.

Sampai Jitra lebih kurang jam 10 malam. Keesokan hari, kami ke majlis perkahwinan tersebut. Awal kami sampai sebab nak bergerak pulang awal. Cukuplah sekadar memenuhi undangan.

2 comments:

.::aLiEsYa::. said...

walaupun RFC tue ada kat alor setar and setiap kali balik pasti melaluinya,sekalipun tak pernah rasa lagi...huhu =(

atul said...

tak pe, akak boleh gi anytime
saya ni ha naik kereta 6 jam baru sampai alor star

malam2 ronda alor star, cantik la!