Saturday, September 11, 2010

Eid Mubarak



taqaballahu minna wa minkum (May Allah accept it from me and you)

baru lepas makan buah langsat yang kak bee bawak dari kampung. sangat manis. aidilfitri tahun ini seperti yang lepas-lepas. ramai orang berkunjung ke rumah. tiba-tiba jadi rajin menolong di dapur. kena jadi rajin sebenarnya. kakak demam,she's not well. so saya take over the situation. hahahampeh

sampai hari ni pun saudara masih ramai yang bertandang dari pagi sampai malam. seolah-olah pesta riang ria. dan keadaan ini dijangka akan berlarutan sehinga esok. dan dijangka akan mula surut pada hari raya ke-empat dan ke-lima. sekian.

dan kuih raya semakin berkurang. lontong dan kuah kacang pun dah tinggal saki-baki. habis. alhamdulillah, ibu masak memang sedap. bak kata paeh "mak ko ada restaurant eh?"
tapi saya fikir ibu mana yang masak tak sedap kan?kalau ada pun mungkin saya sebab saya tak pandai masak. (insyaallah,Allah izin saya jadi seorang ibu in future)

dah ibu saya seperti biasa sangat kelakar. hari sebelum hari raya, ibu memandu kereta ke pasar. nak beli segala keperluan untuk memasak. habis beli dan nak pulang ke rumah, enjin kereta tak boleh start. saya dapat bayangkang riak kerisauan yang terpancar di wajahnya. ibu kata dia pinjam telefon cina kat bengkel kereta.

"aa boleh pinjam telefon?kereta saya rosak" nak telefon ayah la tu.
"boleh,boleh.."
ayah pun datang to the rescue. ayah,always be there.

ok dan tiba-tiba sekarang waktu dah malam. nak study optic sikit sebelum tidur. sehingga berjumpa lagi. like always, don't forget to perform your prayer !!



No comments: