Wednesday, September 8, 2010

=(

jangan basuh
jangan lap

fine.
dah beberapa hari dia bekerja keras. penat. dan ada la someone yang akan kena nanti. and i am that someone. rasa macam dah lama tak kena dengan dia. jarang di rumah. bila balik hanya semalam dua. sad itulah yang saya rasa. jauh hati? jauh sekali. saya faham. saya dah biasa.

dia memang seorang yang sangat sangat garang. sejak dari dulu lagi. did i mention sangat sangat? tak pernah jumpa orang yang lagi garang dari dia. haha.

tapi saya sangat menghormatinya. dia baik hati dan suka buat sesuatu kerja itu sendiri. so kalau nak tolong kena fikir dua kali takut-takut lain pulak yang jadi. ramai pernah jadi 'mangsanya'. tapi dia peduli apa. andai ada yang tak berkenan pada pandangan matanya,siaplah!

apa yang dilakukannya hanyalah untuk menggembirakan ramai pihak. biar penat badan sendiri. biar sakit tulang sendiri. dia tetap melakukannya. untuk orang lain. bukan untuk dirinya. dan saya hanya mampu melihat. mampu memerhati. kerana saya dipihak yang tak mampu berkata apa. tangannya menggeletar. kakinya seolah tak mampu lagi menogkah dunia. desah nafasnya berat. bergenang mata setiap kali melihat fizikalnya yang semakin lemah. yang semakin dimamah usia.

hanya mampu berdoa. dipanjangkan usia. dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan. saya rindu sentiasa rindukan dia. belum puas bermanja. belum puas berkasih. belum puas membalas jasa.

No comments: