Tuesday, August 10, 2010

rindu ibu kepadanya anaknya

mak aku kelakar paeh
kenapa?
dia tanya aku tak bawak balik baju kotor ke?
aku cakap aku sempat capai laptop je pastu terus balik. ko tau..sebelum aku balik kolej dia bagi aku beg dia cakap buat isi baju kotor.

saya senyum sambil menyambut huluran dari tangan ibu tercinta. betapa dia mengambil berat tentang anaknya yang pemalas ini hahaha. tapi, disebalik senyuman diwajahnya terkesan sayu dimatanya. merindukan anak-anaknya. sentiasa. saya cuba menyelami gundah-gulananya. wahai ibu yang sangat saya sayangi. wahai ayah yang sangat saya kasihi. hatimu sering diburu kerisauan. memikirkan keadaan anak-anak. kami mohon ampun. kami mohon maaf. banyak betul karenah kami. banyak betul masalah kami. sehingga membuatmu risau. sehingga ayah dan ibu mengerutkan dahi. menambahkan kedutan-kedutaan diwajahmu.

dihujung usiamu ini patut dihiasi dengan amal ibadah yang berpanjangan. namum ayah dan ibu masih setia menemani kami. membantu kami mengharungi liku-liku kehidupan. sabar dan tabah dengan setiap cabaran dari kami. tak pernah jemu. tak pernah lelah. tak pernah berkata tidak. ya Allah tuhan yang maha pengasih. tempatkanlah kedua orang tuaku dikalangan orang yang beriman. kami mohon padamu. kami mohon ya Rabb. mohon dengan sangat.

wahai anak-anak. pulanglah. jenguklah ibumu ini yang kerinduan. jenguklah ayahmu ini yang kudratnya telah hilang. pulanglah. hati tua mereka akan merasa gembira dengan kepulanganmu. pulanglah. walau sesukar mana hidupmu. walau sepayah mana rintanganmu. janganlah dilupakan dua jasad yang telah banyak berjasa kepadamu. mereka tak pernah minta balasan. hanya hadirmu yang dinanti. hanya itu. dengarlah cerita-cerita mereka. gelak tawa mereka. pulanglah anak mengisi kekosongan hati tua mereka.

3 comments:

zaid said...

:-)

atul said...
This comment has been removed by the author.
atul said...

=)