Sunday, August 29, 2010

esok exam antenna


dalam kereta, depan mcD kat taman melati,gombak

paeh : ko sedih kan. nah aku belikan ni.
sambil hulur snickers.
aku : haha ko ni lawak la paeh. tapi, terima kasih. tak tahu macam mana nak react sebab aku kan heartless.
paeh : aku pun heartless gak

mieyzz: atul jgn sedeh2..nati kite makan eskem same2

nasyitah ghazali - ~~Awak...JGN sedia ea...JGN tension2 study...hepi2 je :)

saya rasa ini yang dipanggil kawan yang baik? tapi setiap orang ada definisi masing-masing. mungkin kawan baik ialah kawan yang kita selalu keluar bersama. mungkin kawan baik ialah kawan sekampung kita. mungkin juga kawan baik ialah teman bila kita kesunyian. mungkin sekadar berkongsi kebisuan juga dikira kawan baik.

mungkin juga tak perlu kerap berjumpa tapi sukup sekadar masing-masing saling mengingati. mungkin juga yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan dunia dan akhirat. apa pun terserah pada hak masing-masing. asalkan kita punya kawan! sebab kawan juga boleh menggambarkan siapa diri kita.

HUNGRY? grab a SNICKERS
yeay malam ni ada snickers + bubur ayam + fries untuk stay up hahahaha

Tuesday, August 10, 2010

rindu ibu kepadanya anaknya

mak aku kelakar paeh
kenapa?
dia tanya aku tak bawak balik baju kotor ke?
aku cakap aku sempat capai laptop je pastu terus balik. ko tau..sebelum aku balik kolej dia bagi aku beg dia cakap buat isi baju kotor.

saya senyum sambil menyambut huluran dari tangan ibu tercinta. betapa dia mengambil berat tentang anaknya yang pemalas ini hahaha. tapi, disebalik senyuman diwajahnya terkesan sayu dimatanya. merindukan anak-anaknya. sentiasa. saya cuba menyelami gundah-gulananya. wahai ibu yang sangat saya sayangi. wahai ayah yang sangat saya kasihi. hatimu sering diburu kerisauan. memikirkan keadaan anak-anak. kami mohon ampun. kami mohon maaf. banyak betul karenah kami. banyak betul masalah kami. sehingga membuatmu risau. sehingga ayah dan ibu mengerutkan dahi. menambahkan kedutan-kedutaan diwajahmu.

dihujung usiamu ini patut dihiasi dengan amal ibadah yang berpanjangan. namum ayah dan ibu masih setia menemani kami. membantu kami mengharungi liku-liku kehidupan. sabar dan tabah dengan setiap cabaran dari kami. tak pernah jemu. tak pernah lelah. tak pernah berkata tidak. ya Allah tuhan yang maha pengasih. tempatkanlah kedua orang tuaku dikalangan orang yang beriman. kami mohon padamu. kami mohon ya Rabb. mohon dengan sangat.

wahai anak-anak. pulanglah. jenguklah ibumu ini yang kerinduan. jenguklah ayahmu ini yang kudratnya telah hilang. pulanglah. hati tua mereka akan merasa gembira dengan kepulanganmu. pulanglah. walau sesukar mana hidupmu. walau sepayah mana rintanganmu. janganlah dilupakan dua jasad yang telah banyak berjasa kepadamu. mereka tak pernah minta balasan. hanya hadirmu yang dinanti. hanya itu. dengarlah cerita-cerita mereka. gelak tawa mereka. pulanglah anak mengisi kekosongan hati tua mereka.

Wednesday, August 4, 2010

berfikir mengenangkan saudara

http://www.facebook.com/photo.php?pid=245314&id=100000695840987


saya hilang kata
marilah sama-sama menjaga diri, keluarga dan jiran-jiran bagi menghasilkan umat islam yang berkualiti duniawi dan ukhrawi

Sunday, August 1, 2010

risau

ni dah masuk minggu ke 3 tapi tajuk eap tak dapat lagi. madam nak yang latest. something new yang ramai orang belum tahu. dah selak paper tapi tak jumpa anything yang dipanggil something new. tak faham la. susah hati. macam mana ni. stressnya.