Thursday, June 3, 2010

food

Haritu masa sebelum mula praktikal kan saya teringin sangat nak makan telur setengah masak@half-boiled eggs semasa sarapan. Sekarang selepas masuk bulan ke tiga saya praktikal kan mak saya hari-hari sediakan telur setengah masak dan saya perlu memakannya sebelum pergi bekerja. Apakah ini ibu?

Haritu teringin nak makan jelly kelapa. Saya pun mencarilah satu pecan kan. Tapi malangnya tak dapat. Lepas tu ayah terus petik kelapa pandan dan kebetulan kakak ada beli agar-agar. Jadi, kitorang pun buatlah dengan banyaknya. Makan ada lagi makan ada lagi makan ada lagi. Hahaha. Sangat sedap.

No comments: