Tuesday, June 29, 2010

exhausted

Lately rasa banyak perkara yang tak siap. Bila banyak perkara yang tak siap mulalah rasa nak stress meluap-luap. Dahi dah berkerut-kerut. Muka pun dah straight je. As usual due to time management problem. What to do?what to do? Presentation yang tak ada idea macam mana nak buat, final report yang tak start lagi dan buku log yang dah tiga minggu tak diupdatekan. Menarik nafas sedalam mungkin. Saya ni memang seorang yang pemalas tau. Fikir-fikir macam mana nak buat. Sementara itu, insyaallah ada lagi setahun untuk saya menuntut ilmu di menara gading. Selepas itu apa yang saya nak buat? Kalau dulu umur 17 tahun kena fikir di mana nak sambung belajar selepas result SPM. Kini, kena plan apa nak buat selepas habis belajar. Dan sejak akhir-akhir ini semangat saya untuk menjadi traveller writer semakin menjadi-jadi. Saya seakan hilang minat dengan bidang pengajian saya kini. Ini petanda yang tidak bagus mungkin. Allah, tenangkanlah hati-hati kami, janganlah Kau bolak-balikkan hati-hati kami setelah Engkau kurniakan hidayah kepada kami.

Ok nak jadi traveller writer. Bunyi macam menarik tapi banyak yang perlu dilakukan. Misalnya, nak jadi traveller writer kena pandai ambil gambar dan penulisan mesti best. Perlu duit untuk travel. Siapa nak baca writing ko atul? Menarik nafas sedalam mungkin. Tetapi saya suka travel ke tempat-tempat menarik. Berjalan-jalan mengembara. Pengembara sejati. Kahkahkah.

Sambung belajar ke peringkat master?dalam Negara atau luar Negara? Kena cari sponsor sebab saya bukan anak datuk mana-mana. Ayah adalag atuk kepada empat orang cucu.eh?. oversea macam menarik. Tetapi ibu dan ayah dah tua. Risau. Bidang apa? Syariah macam best. Tapi itu dah lari tajuk. Account memang taklah kan saje je letak situ. Business ok kot. Engineering?tough!

Kahwin?ini rasa macam sangat jauh. Sebab diri masih belum matang. Nak tunggu matang sampai bila. Betul tapi at least kena ada kesedaran tanggungjawab yang tinggi sebab kahwin satu big responsibility, kan? Lagipun nak kumpul duit dulu,nak rasa kerja macam mana,nak rasa kena marah dengan bos. Nak merasa liku-liku kehidupan alam dewasa. Fuh!

Dan looking for a job is my choice for now. Sebab someone said that life kena ada give and take. Selepas bertahun menuntut ilmu, tibalah masa untuk berkhidmat, mempraktikkan apa yang dipelajari. Takkan sepanjang hidup nak menerima ilmu je kan?

No comments: