Wednesday, April 7, 2010

saya tulis blog untuk simpanan masa hadapan

salam people,how was your day?

petang tadi minum petang bersama ibu dan ayah yang tercinta. sambil minum-minum maka hikayat dahulu kala pun dibentangkan. mereka memang suka berkongsi cerita jika saya pulang bercuti, kisah-kisah pada zaman mereka muda. kisah percintaan mereka hahaha. bercerita tentang betapa jelitanya ibu dikala muda (tidak seperti anakandanya). bercerita tentang pahit manis kehidupan. tentang keluarga, tentang kejayaan. betapa hidup dizaman awal kemerdekaan sangatlah mencabar. meminjam minyak secawan dari jiran tetangga adalah perkara yang sering berlaku kerana tiada hasil menoreh. alhamdulillah rezeki sentiasa ada.

dan kunci kejayaan itu adalah usaha yang gigih.

bertebaranlah di muka bumi TUHANmu yang luas ini, ke mana saja kamu berpergian asal kamu gigih berusaha maka kejayaan itu milik kamu. of course under His will people!

dan saya baru selesai final exam yang berderet-deret. semuanya telah dilakukan, berusaha dan berdoa. kini bertawakal dan semoga TUHANku memberikan yang terbaik untuk diri yang sering melupakanNYA. dan kini menunggu hari untuk eit. hari isnin ini akan bermula. berdebar-debar but i'll do my best.

No comments: