Friday, April 30, 2010

frame decoration

Allah sangat baik..know y?because he is so generous. he is the bounty giver. 1st time drive sendiri ke bangsar, cuaca sangat panas on my way back. balik rumah terus cakap nak beli spec mata hitam la. esoknya cuaca redup on my way back. dan lusa pun sama. next week mungkin panas so kena pasang protection ni, if not it will be very silau.

buat aktiviti decorate frame bersama farhan. it was fun since it is weekend. mula-mula saya yang nak beli frame ni but then farhan yang take over. sabar jelah. warnakan frame yg plain dengan glitters. jemur supaya cepat kering.

before
after



Sunday, April 25, 2010

sikap siakap

just comeback from my uni and terus blogging. hari ahad yang damai sepatutnya dihabiskan dengan sesi merehatkan diri. namun apakan daya saya terpaksa ke uni saya untuk sesi check out dari bilik. jika tidak denda akan dikenakan. memandu bukanlah kegemaran saya.saya memandu bila perlu. baiklah saya pun memandu dengan hematnya di NKVE. damai sekali kerana hari ini hari ahad. ahad bermaksud tiada banyak kereta di atas jalan raya.yeay.
kusangkakan panas berpanjangan rupanya...Photobucket
keluar dari NKVE masuk ke DUKE selepas membayar tol kedengaran honk! honk!
menoleh ke sebelah kanan, sebuah kereta mahu ke tepi jalan. kereta tersebut berhenti menyebabkan kereta di belakangnya naik angin. saya lihat kereta yang mahu ke tepi jalan itu seperti marah kepada saya kerana menghalang laluannya menyebabkan beliau dihon. saya hanya mengerutkan dahi. apalah salahnya andai beliau ke depan secara perlahan-lahan dan ke kiri instead of berhenti di tengah-tengah alam. saya hanya mengikut laluan saya. macam-macam. sabarlah hati, jiwa dan raga. memandu di KL ini sangat stress saya rasakan. oleh itu rancanglah perjalanan anda dengan baik.

setelah memunggah semua barang di hostel saya pun mendaftar keluar untuk memberi bilik itu kepada orang lain pula.huhuhu. meninggalkan saed kawanku. apakan daya ayah&ibu ku menyuruhku duduk di rumah. semoga saed mendapat roommate yang lebih baik dariku.

terasa begitu ingin memakan cake di secret recipe namun kerana keletihan terus memandu ke rumah tanpa singgah ke secret recipe. singgah di salun untuk memotong rambut namun tiada rezeki. sampai di rumah terus membuka tudung saji. dan mensantap big apple malam tadi huhu. mahu cake mahu cake mahu cake.

esok hari isnin. masuk minggu ke tiga practikal di jalan pantai. seronok? boleh la. saya mahu belajar sebanyak yang boleh semasa practical ini. staf-staf semua very nice and helpful. berusahalah atul!

result dah keluar and alhamdulillah lulus semua subjek. usaha doa dan tawakal. sem depan dah level 4 and sangat mencabar. semoga Allah permudahkan segala urusan.

Wednesday, April 7, 2010

saya tulis blog untuk simpanan masa hadapan

salam people,how was your day?

petang tadi minum petang bersama ibu dan ayah yang tercinta. sambil minum-minum maka hikayat dahulu kala pun dibentangkan. mereka memang suka berkongsi cerita jika saya pulang bercuti, kisah-kisah pada zaman mereka muda. kisah percintaan mereka hahaha. bercerita tentang betapa jelitanya ibu dikala muda (tidak seperti anakandanya). bercerita tentang pahit manis kehidupan. tentang keluarga, tentang kejayaan. betapa hidup dizaman awal kemerdekaan sangatlah mencabar. meminjam minyak secawan dari jiran tetangga adalah perkara yang sering berlaku kerana tiada hasil menoreh. alhamdulillah rezeki sentiasa ada.

dan kunci kejayaan itu adalah usaha yang gigih.

bertebaranlah di muka bumi TUHANmu yang luas ini, ke mana saja kamu berpergian asal kamu gigih berusaha maka kejayaan itu milik kamu. of course under His will people!

dan saya baru selesai final exam yang berderet-deret. semuanya telah dilakukan, berusaha dan berdoa. kini bertawakal dan semoga TUHANku memberikan yang terbaik untuk diri yang sering melupakanNYA. dan kini menunggu hari untuk eit. hari isnin ini akan bermula. berdebar-debar but i'll do my best.