Thursday, March 25, 2010

hari ini dalam sejarah

hari ini ke library universiti yang tercinta~ o la la konon2 nak mentelaah pelajaran
ok suddenly rasa nak fotostate tapi disebabkan library universiti saya sangat canggih
brothers&sisters dilatih supaya fotostate sendiri. the problem is i forgot how. lalu, saya dengan konfidennya pergilah ke mesin fotostate yang berdiri di sebelah tiang itu. menghampiri mesin dan berfikir punat mana yang patut ditekan. tekan punya tekan mesin tak nak bergerak.
suddenly ada foreigner di belakang saya. lalu brother foreigner itu dengan budimannya menolong siap boleh bergurau senda lagi. ya tuan-tuan dan puan-puan ciri sebegitulah yang patut dicontohi. tolong-menolong dalam perkara kebaikan.
sebelum pulang mahu fotostate lagi sekali tetapi tersalah tekan punat huhu
brother please help me ces

hari ini baca blog fatem and membuatkan hidup ada sedikit warna-warna ceria.

hari ini juga sekali lagi saya terbuang sudu saya bersama-sama bekas makanan yang kena charge 20 sen itu. atul, ko ingat ayah bisnes kilang sudu ke? nampak gaya kena curik sudu kat rumah lagi.

dan hari ini juga dengar kisah seorang hamba Allah yang melewatkan solat Subuhnya. Insaf. Kadang-kala kita perlu dengar kisah-kisah sebegini untuk dijadikan panduan dan ikhtibar.Seterusnya memperbaharui iman kita sekaligus meperbaiki amalan kita.
last but not least don't forget to pray!
da~

No comments: