Friday, December 10, 2010

happy

happy sebab dapat jumpa fatem dan nisa petang tadi. pergi rumah fatem lepas hantar amir ke Delta. farhan ikut sekali. pergi rumah fatem sebab nak pulangkan komik yang dah berkurun saya pinjam. lepas tu singgah rumah nisa. tengah beriadah nampaknya. Excited dapat borak dengan korang walaupun sekejap sebab dah lama sangat tak jumpa. dapatlah jugak peluk fatem tadi hahaha. rindu gila kot. tak boleh stay lama sebab dah petang. so kena balik. tapi tak apa. jumpa kejap pun jadi. tak jumpa tak bermakna lupa. sentiasa dihati.

p/s-love your parents, family & friends ok?

Wednesday, December 8, 2010

love

kena tag. love award from kak fairuz. tak pandai sangat benda tag2 ni. harap2 apa yang saya buat ni mengikut standard yang sepatutnya. well here we go

L.O.V.E AWARD=)

1. Siapa orang yang korang paling sayang?
ibu&ayah (skema kan?)

2. Kenapa korang sayang orang yang korang sayang tue?
redha Allah ialah redha ibu bapa

3.Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang,tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan.
the magic words which is I LOVE YOU



Saturday, December 4, 2010

pwtc



hi!

bumblebeeeee

You have to love what you do. AND You have to know what you love. And it's quite simple. What gets you out of bed? What makes you excited? Listen to your heart. If you don't know what makes you excited, go out there and try everything until you find out and do it fast.

if only i found those magnificient words before SPM, it would be much better ...but in Islam there's never ever too late. it is still useful i hope!

Thursday, December 2, 2010

=)

yesterday was fun!

today, is gonna be fun too!..i hope

Saturday, November 20, 2010

bunga raya bunga kebangsaan

baru je tadi...

"assalamualaikum" tanya seorang perempuan
"waalaikumussalam" saya jawab
"nak tumpang tanya la..bunga raya kat depan rumah tu siapa punya?"
"kitorang.."
"adik punya?"
"aah"
"nak beli la sikit sebab dah cari kat tempat lain tak ada. ada kat sini je"
"hahahaha..tanya ibu"

---->>babe, rasanya kena baca sejarah tanah melayu. later!

Sunday, November 14, 2010

Jitra, Kedah


Menghabiskan waktu petang dengan membaca kosmo bersama ibu dan ayah yang sedang menonton siaran Oasis. Meneliti berita-berita didada akhbar. Politik, bencana, sukan dan isu-isu semasa. Mata tertarik untuk membaca sisipan jurnal di halaman 54. "Tak boleh lupa mayat panggang" ialah tajuk artikel yang menarik minat saya.

Hati terus tertarik untuk meneruskan pembacaan. Mata terpaku pada satu perenggan. Dan bibir terus menuturkan kalimah suci subhanallah. Jujurnya, saya tidak pernah kenal insan yang bernama Abdul Manaf Kamsuri. Atau sejauh manakah kebenaran kata-katanya. Namun, menyelusuri rentetan kisah hidup beliau yang serba sedikit dipaparkan dalam artikel ini membuatkan saya berfikir sejenak. Apakah benar apa yang dituturkan beliau? Jika benar, subhanallah.

"Tawanan tentera Serbia memberitahu mereka melihat gerombolan manusia yang sangat tinggi, tidak seperti orang biasa, berjubah putih dan turun dari udara dengan muka bengis sambil memegang pedang untuk membunuh mereka"(KOSMO, NOV 2010).

Manaf memberitahu, pihak pengganas menyasarkan tembakan ke udara semasa serangan itu. Peristiwa berlaku 15 tahun yang lalu, semasa perang Bosnia. Semuanya kuasa Allah. Pada-Mu aku bersembah dan pada-Mu aku mohon pertolongan.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam baru sampai dari Kedah. Saudara sebelah ibu melansungkan perkahwinan anak mereka. Bertiga je pergi ke Kedah. Kakak ada exam. Amir pulak pergi Cameron. Oh ye saya dah habis final exam untuk sem ni. Last paper on 7th Nov. Awal kan? hmm target cuti ini ialah untuk menghabiskan segala buku-buku yang belum habis dibaca. Disamping itu mencari bahan untuk projek tahun akhir saya, FYP2.

Kami sampai di Alor Star lebih kurang pukul 12. Kemudian solat zohor, makan dan cari tempat untuk bermalam. Di Jitra, tengah sibuk mencari tempat bermalam saya nampak Radix Fried Chicken (RFC). Dah lama mengidam nak rasa. "Ayah, Radix Fried Chicken la. Nak makan tu la nanti". "ha, yelah nanti kita makan". Saya senyum lebar.



Sepanjang perjalanan kami dapat saksikan kesan-kesan bencana banjir. Rumah-rumah sedang dalam proses pembersihan. Ada jualan murah barang-barang plastik. Tapak-tapak sawah padi yang banjir.

Saya sangat suka bila pergi Kedah sebab boleh tengok sawah padi yang terbentang luas. Bila tengok sawah padi teringat waktu darjah 4 dulu selalu dapat C untuk subjek lukisan. hahaha. Saya tanya cikgu, "Cikgu, kenapa saya dapat C?". Cikgu cakap, "Awak lukis batas sawah tu besar sangat". hahahaha. Manalah saya tahu cikgu sebab waktu tu saya tak pernah tengok sawah padi secara live. Suka hati saya je lukis sesedap oren.
tengok dari jauh je

Petang tu ayah ajak "Jom, kata nak makan radix fried chicken". "Yeay" seperti anak kecil saya pun bersorak gembira. Seperti anak kecil ayah memenuhi permintaanku. Ok, kami pun makan ayam goreng dan burger. Em, not bad. Ibu kata tak sedap sangat. Tapi, permulaan yang bagus sebagai seorang Muslim menceburi bidang seperti ini. Juga, mendapat sambutan yang menggalakkan. Seperti cogankata yang digunakan 'Segar, Organik, Halal' sudah cukup untuk menarik minat orang ramai.

Kemudian kami singgah ke kampung Kak Bee di Kuala Nerang. Sampai rumah tok wan lebih kurang pukul 7.30 malam. Rasa seperti melawat atuk di kampung walau hakikatnya dah lama tak salam insan bergelar atuk dan nenek. Rindu. Tersenyum bila melihat ayah berborak dengan tok wan yang boleh tahan pekat loghat utaranya. Tapi itu tak menjadi masalah yang berat. Borak punya borak masa dah melewati ke 8.30. Tepat pukul 9 kami beransur pulang.

Sampai Jitra lebih kurang jam 10 malam. Keesokan hari, kami ke majlis perkahwinan tersebut. Awal kami sampai sebab nak bergerak pulang awal. Cukuplah sekadar memenuhi undangan.

Friday, October 29, 2010

sakit kepala

salam

sekarang sangat sakit kepala.

mungkin waktu tido yg tak betul.

mungkin lunch tadi makan daging. jarang makan daging.

dah lie down tapi tak hilang juga.

tapi kena juga baca buku sampai habis.
optic, microwave, telco, eap, antenna. esok exam optic.
selamat berjaya kepada kak fairuz, kak umi, paeh, saed, syitah, anis, ety, atie, kiah, che',

nazira, aishah, timah, nik, ojah, tasya, azmil, afiqah, ain dan ramai lagi.

strive for the best!!!!!!!!

Tuesday, October 26, 2010

lega..senyum =)

Alhamdulillah hikmah itu datang lagi

memujuk hati yang resah, sedih dan kecewa.

final exam starts this saturday. will be end on 7th nov, Insya-Allah.

saya doa sangat saya dapat buat sehabis baik.

baiklah tak nak buang masa nak prepare untuk FYP.

Thursday, October 21, 2010

fikir dan tersenyum

rupa-rupanya malang itu ada hikmah disebaliknya.

perlukan masa, solat, sabar dan tabah.

ada kebaikan di penghujungya.

Monday, October 11, 2010

isnin

malangnya hari ni

malangnya

malangnya

malangnya

sob3

Saturday, September 11, 2010

Eid Mubarak



taqaballahu minna wa minkum (May Allah accept it from me and you)

baru lepas makan buah langsat yang kak bee bawak dari kampung. sangat manis. aidilfitri tahun ini seperti yang lepas-lepas. ramai orang berkunjung ke rumah. tiba-tiba jadi rajin menolong di dapur. kena jadi rajin sebenarnya. kakak demam,she's not well. so saya take over the situation. hahahampeh

sampai hari ni pun saudara masih ramai yang bertandang dari pagi sampai malam. seolah-olah pesta riang ria. dan keadaan ini dijangka akan berlarutan sehinga esok. dan dijangka akan mula surut pada hari raya ke-empat dan ke-lima. sekian.

dan kuih raya semakin berkurang. lontong dan kuah kacang pun dah tinggal saki-baki. habis. alhamdulillah, ibu masak memang sedap. bak kata paeh "mak ko ada restaurant eh?"
tapi saya fikir ibu mana yang masak tak sedap kan?kalau ada pun mungkin saya sebab saya tak pandai masak. (insyaallah,Allah izin saya jadi seorang ibu in future)

dah ibu saya seperti biasa sangat kelakar. hari sebelum hari raya, ibu memandu kereta ke pasar. nak beli segala keperluan untuk memasak. habis beli dan nak pulang ke rumah, enjin kereta tak boleh start. saya dapat bayangkang riak kerisauan yang terpancar di wajahnya. ibu kata dia pinjam telefon cina kat bengkel kereta.

"aa boleh pinjam telefon?kereta saya rosak" nak telefon ayah la tu.
"boleh,boleh.."
ayah pun datang to the rescue. ayah,always be there.

ok dan tiba-tiba sekarang waktu dah malam. nak study optic sikit sebelum tidur. sehingga berjumpa lagi. like always, don't forget to perform your prayer !!



Wednesday, September 8, 2010

=(

jangan basuh
jangan lap

fine.
dah beberapa hari dia bekerja keras. penat. dan ada la someone yang akan kena nanti. and i am that someone. rasa macam dah lama tak kena dengan dia. jarang di rumah. bila balik hanya semalam dua. sad itulah yang saya rasa. jauh hati? jauh sekali. saya faham. saya dah biasa.

dia memang seorang yang sangat sangat garang. sejak dari dulu lagi. did i mention sangat sangat? tak pernah jumpa orang yang lagi garang dari dia. haha.

tapi saya sangat menghormatinya. dia baik hati dan suka buat sesuatu kerja itu sendiri. so kalau nak tolong kena fikir dua kali takut-takut lain pulak yang jadi. ramai pernah jadi 'mangsanya'. tapi dia peduli apa. andai ada yang tak berkenan pada pandangan matanya,siaplah!

apa yang dilakukannya hanyalah untuk menggembirakan ramai pihak. biar penat badan sendiri. biar sakit tulang sendiri. dia tetap melakukannya. untuk orang lain. bukan untuk dirinya. dan saya hanya mampu melihat. mampu memerhati. kerana saya dipihak yang tak mampu berkata apa. tangannya menggeletar. kakinya seolah tak mampu lagi menogkah dunia. desah nafasnya berat. bergenang mata setiap kali melihat fizikalnya yang semakin lemah. yang semakin dimamah usia.

hanya mampu berdoa. dipanjangkan usia. dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan. saya rindu sentiasa rindukan dia. belum puas bermanja. belum puas berkasih. belum puas membalas jasa.

Friday, September 3, 2010

ECESA 063/071




















sesi fotografi level 4 commu/cie. buka puasa 063/071 comm/cie. lepas ni jamuan hari raya kot =)

afterall,it's final year insyaallah!

Sunday, August 29, 2010

esok exam antenna


dalam kereta, depan mcD kat taman melati,gombak

paeh : ko sedih kan. nah aku belikan ni.
sambil hulur snickers.
aku : haha ko ni lawak la paeh. tapi, terima kasih. tak tahu macam mana nak react sebab aku kan heartless.
paeh : aku pun heartless gak

mieyzz: atul jgn sedeh2..nati kite makan eskem same2

nasyitah ghazali - ~~Awak...JGN sedia ea...JGN tension2 study...hepi2 je :)

saya rasa ini yang dipanggil kawan yang baik? tapi setiap orang ada definisi masing-masing. mungkin kawan baik ialah kawan yang kita selalu keluar bersama. mungkin kawan baik ialah kawan sekampung kita. mungkin juga kawan baik ialah teman bila kita kesunyian. mungkin sekadar berkongsi kebisuan juga dikira kawan baik.

mungkin juga tak perlu kerap berjumpa tapi sukup sekadar masing-masing saling mengingati. mungkin juga yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan dunia dan akhirat. apa pun terserah pada hak masing-masing. asalkan kita punya kawan! sebab kawan juga boleh menggambarkan siapa diri kita.

HUNGRY? grab a SNICKERS
yeay malam ni ada snickers + bubur ayam + fries untuk stay up hahahaha

Tuesday, August 10, 2010

rindu ibu kepadanya anaknya

mak aku kelakar paeh
kenapa?
dia tanya aku tak bawak balik baju kotor ke?
aku cakap aku sempat capai laptop je pastu terus balik. ko tau..sebelum aku balik kolej dia bagi aku beg dia cakap buat isi baju kotor.

saya senyum sambil menyambut huluran dari tangan ibu tercinta. betapa dia mengambil berat tentang anaknya yang pemalas ini hahaha. tapi, disebalik senyuman diwajahnya terkesan sayu dimatanya. merindukan anak-anaknya. sentiasa. saya cuba menyelami gundah-gulananya. wahai ibu yang sangat saya sayangi. wahai ayah yang sangat saya kasihi. hatimu sering diburu kerisauan. memikirkan keadaan anak-anak. kami mohon ampun. kami mohon maaf. banyak betul karenah kami. banyak betul masalah kami. sehingga membuatmu risau. sehingga ayah dan ibu mengerutkan dahi. menambahkan kedutan-kedutaan diwajahmu.

dihujung usiamu ini patut dihiasi dengan amal ibadah yang berpanjangan. namum ayah dan ibu masih setia menemani kami. membantu kami mengharungi liku-liku kehidupan. sabar dan tabah dengan setiap cabaran dari kami. tak pernah jemu. tak pernah lelah. tak pernah berkata tidak. ya Allah tuhan yang maha pengasih. tempatkanlah kedua orang tuaku dikalangan orang yang beriman. kami mohon padamu. kami mohon ya Rabb. mohon dengan sangat.

wahai anak-anak. pulanglah. jenguklah ibumu ini yang kerinduan. jenguklah ayahmu ini yang kudratnya telah hilang. pulanglah. hati tua mereka akan merasa gembira dengan kepulanganmu. pulanglah. walau sesukar mana hidupmu. walau sepayah mana rintanganmu. janganlah dilupakan dua jasad yang telah banyak berjasa kepadamu. mereka tak pernah minta balasan. hanya hadirmu yang dinanti. hanya itu. dengarlah cerita-cerita mereka. gelak tawa mereka. pulanglah anak mengisi kekosongan hati tua mereka.

Wednesday, August 4, 2010

berfikir mengenangkan saudara

http://www.facebook.com/photo.php?pid=245314&id=100000695840987


saya hilang kata
marilah sama-sama menjaga diri, keluarga dan jiran-jiran bagi menghasilkan umat islam yang berkualiti duniawi dan ukhrawi

Sunday, August 1, 2010

risau

ni dah masuk minggu ke 3 tapi tajuk eap tak dapat lagi. madam nak yang latest. something new yang ramai orang belum tahu. dah selak paper tapi tak jumpa anything yang dipanggil something new. tak faham la. susah hati. macam mana ni. stressnya.

Tuesday, June 29, 2010

exhausted

Lately rasa banyak perkara yang tak siap. Bila banyak perkara yang tak siap mulalah rasa nak stress meluap-luap. Dahi dah berkerut-kerut. Muka pun dah straight je. As usual due to time management problem. What to do?what to do? Presentation yang tak ada idea macam mana nak buat, final report yang tak start lagi dan buku log yang dah tiga minggu tak diupdatekan. Menarik nafas sedalam mungkin. Saya ni memang seorang yang pemalas tau. Fikir-fikir macam mana nak buat. Sementara itu, insyaallah ada lagi setahun untuk saya menuntut ilmu di menara gading. Selepas itu apa yang saya nak buat? Kalau dulu umur 17 tahun kena fikir di mana nak sambung belajar selepas result SPM. Kini, kena plan apa nak buat selepas habis belajar. Dan sejak akhir-akhir ini semangat saya untuk menjadi traveller writer semakin menjadi-jadi. Saya seakan hilang minat dengan bidang pengajian saya kini. Ini petanda yang tidak bagus mungkin. Allah, tenangkanlah hati-hati kami, janganlah Kau bolak-balikkan hati-hati kami setelah Engkau kurniakan hidayah kepada kami.

Ok nak jadi traveller writer. Bunyi macam menarik tapi banyak yang perlu dilakukan. Misalnya, nak jadi traveller writer kena pandai ambil gambar dan penulisan mesti best. Perlu duit untuk travel. Siapa nak baca writing ko atul? Menarik nafas sedalam mungkin. Tetapi saya suka travel ke tempat-tempat menarik. Berjalan-jalan mengembara. Pengembara sejati. Kahkahkah.

Sambung belajar ke peringkat master?dalam Negara atau luar Negara? Kena cari sponsor sebab saya bukan anak datuk mana-mana. Ayah adalag atuk kepada empat orang cucu.eh?. oversea macam menarik. Tetapi ibu dan ayah dah tua. Risau. Bidang apa? Syariah macam best. Tapi itu dah lari tajuk. Account memang taklah kan saje je letak situ. Business ok kot. Engineering?tough!

Kahwin?ini rasa macam sangat jauh. Sebab diri masih belum matang. Nak tunggu matang sampai bila. Betul tapi at least kena ada kesedaran tanggungjawab yang tinggi sebab kahwin satu big responsibility, kan? Lagipun nak kumpul duit dulu,nak rasa kerja macam mana,nak rasa kena marah dengan bos. Nak merasa liku-liku kehidupan alam dewasa. Fuh!

Dan looking for a job is my choice for now. Sebab someone said that life kena ada give and take. Selepas bertahun menuntut ilmu, tibalah masa untuk berkhidmat, mempraktikkan apa yang dipelajari. Takkan sepanjang hidup nak menerima ilmu je kan?

Sunday, June 6, 2010

banyak hati yang perlu dijaga

orang tua perlu dihormati perlu dijaga hatinya. apakah mas depanku juga begitu? sibuk dengan urusan keluarga sendiri sehingga permintaan orang tua yang mudah pun dipandang enteng. jarang menjenguk orang tua. jarang menelefon. sering kali orang tua yang sibuk-sibuk bertanya khabar. aku tidak mahu begitu. aku mesti bijak mengatur hidupku agar tiada hati yang kecewa.

tak tahulah kenapa emo sangat selalu aku heartless je

Thursday, June 3, 2010

food

Haritu masa sebelum mula praktikal kan saya teringin sangat nak makan telur setengah masak@half-boiled eggs semasa sarapan. Sekarang selepas masuk bulan ke tiga saya praktikal kan mak saya hari-hari sediakan telur setengah masak dan saya perlu memakannya sebelum pergi bekerja. Apakah ini ibu?

Haritu teringin nak makan jelly kelapa. Saya pun mencarilah satu pecan kan. Tapi malangnya tak dapat. Lepas tu ayah terus petik kelapa pandan dan kebetulan kakak ada beli agar-agar. Jadi, kitorang pun buatlah dengan banyaknya. Makan ada lagi makan ada lagi makan ada lagi. Hahaha. Sangat sedap.

Tuesday, May 11, 2010

saya suka diri saya

itu adalah kata-kata motivasi untuk menyayangi dan menghargai diri sendiri. dah dua minggu plan nak jogging tak menjadi. kena jogging la sebab stamina dah takde ni. pagi bangun siap-siap pergi berpraktikal. menempuh jammed sebelum sampai ofis.lepas tu petang pukul 5.30 petang baru terkocoh-kocoh balik. sekali lagi menempuh jammed. rasa lelah sangat. nak kena exercise la tapi bila weekend je tak boleh bukak mata.mind set ni ha dah fikir hari cuti bangun lambat itu yang tak terjogging tuh. harap-harap minggu ni dapat pergi tapi takde kawan tak syok la pulak. ajak afiqah tapi pagi-pagi mesti dia buat breakfast. eh..hehe.nak pergi petang, sekarang petang-petang hujan. entah

hari ini sampai rumah awal sikit. mungkin sebab kereta tak banyak.tak tahu kenapa.sampai je rumah terus berlari naik atas menuju ke depan(sebab masuk rumah pintu belakang) nak tengok adamaya.yeay! selalu mis drama ni dan layan kat internet je. mula-mula tengok dengan ibu sampai maghrib. masuk waktu je ibu angkat punggung.nak solat la tu.saya teruskan menonton.bila habis je terus off tv dan angkat punngung nak makan hahaha.lalu kat ruang tengah tengok amir tengah menghadap onemanga.saya pun terus mengucap ya Allah! tak reti-reti ke. sekali turun tangga nak ke ruang dapur ibu&ayah kelam-kelibut tutup t.v. hahaha.

''ibu ni ha sambung tengok'' ayah yang kata

diorang tengok adamaya rupanya.haji dengan hajjah ni. ibu dah jatuh chenta dengan adamaya nampaknya.dah dua malam ibu mengahadap laptop aku tengok drama adamaya.aku ambik daripada man.member man yang rajin download.ibu kata aisya sakit mata.mata penuh taik mata.kakak kata farhan panggil aisya si pengotor.kesian.semoga aisya cepat sembuh.

ofis? macam biasa. kerja aku setiap minggu ialah mencari wan ip address. bunyi seperti mudah bukan?memaang mudah.rakan-rakan? saed tengah ada perang dengan foreigner bilik sebelah. anis tengah syok layan nurulism.aku la yang perkenalkan kat anis. man dengan motor segalalah.paleq dengan dota.kat ofis rami m.c sebab demam.tadi bob belanja dominos satu ofis yeay sedap. semalam ceo telekom buat rondaan.seram~haha lepak je pun datuk tu.biasalah bos kena ada attitude yang digeruni barulah anak-anak buah respect.

library email aku x return buku tapi aku dah return sebenarnya.macam mana ni?malasnya nak ke uia.macam mana nak settle masalah ni.

p/s-aku mengah

Friday, April 30, 2010

frame decoration

Allah sangat baik..know y?because he is so generous. he is the bounty giver. 1st time drive sendiri ke bangsar, cuaca sangat panas on my way back. balik rumah terus cakap nak beli spec mata hitam la. esoknya cuaca redup on my way back. dan lusa pun sama. next week mungkin panas so kena pasang protection ni, if not it will be very silau.

buat aktiviti decorate frame bersama farhan. it was fun since it is weekend. mula-mula saya yang nak beli frame ni but then farhan yang take over. sabar jelah. warnakan frame yg plain dengan glitters. jemur supaya cepat kering.

before
after



Sunday, April 25, 2010

sikap siakap

just comeback from my uni and terus blogging. hari ahad yang damai sepatutnya dihabiskan dengan sesi merehatkan diri. namun apakan daya saya terpaksa ke uni saya untuk sesi check out dari bilik. jika tidak denda akan dikenakan. memandu bukanlah kegemaran saya.saya memandu bila perlu. baiklah saya pun memandu dengan hematnya di NKVE. damai sekali kerana hari ini hari ahad. ahad bermaksud tiada banyak kereta di atas jalan raya.yeay.
kusangkakan panas berpanjangan rupanya...Photobucket
keluar dari NKVE masuk ke DUKE selepas membayar tol kedengaran honk! honk!
menoleh ke sebelah kanan, sebuah kereta mahu ke tepi jalan. kereta tersebut berhenti menyebabkan kereta di belakangnya naik angin. saya lihat kereta yang mahu ke tepi jalan itu seperti marah kepada saya kerana menghalang laluannya menyebabkan beliau dihon. saya hanya mengerutkan dahi. apalah salahnya andai beliau ke depan secara perlahan-lahan dan ke kiri instead of berhenti di tengah-tengah alam. saya hanya mengikut laluan saya. macam-macam. sabarlah hati, jiwa dan raga. memandu di KL ini sangat stress saya rasakan. oleh itu rancanglah perjalanan anda dengan baik.

setelah memunggah semua barang di hostel saya pun mendaftar keluar untuk memberi bilik itu kepada orang lain pula.huhuhu. meninggalkan saed kawanku. apakan daya ayah&ibu ku menyuruhku duduk di rumah. semoga saed mendapat roommate yang lebih baik dariku.

terasa begitu ingin memakan cake di secret recipe namun kerana keletihan terus memandu ke rumah tanpa singgah ke secret recipe. singgah di salun untuk memotong rambut namun tiada rezeki. sampai di rumah terus membuka tudung saji. dan mensantap big apple malam tadi huhu. mahu cake mahu cake mahu cake.

esok hari isnin. masuk minggu ke tiga practikal di jalan pantai. seronok? boleh la. saya mahu belajar sebanyak yang boleh semasa practical ini. staf-staf semua very nice and helpful. berusahalah atul!

result dah keluar and alhamdulillah lulus semua subjek. usaha doa dan tawakal. sem depan dah level 4 and sangat mencabar. semoga Allah permudahkan segala urusan.

Wednesday, April 7, 2010

saya tulis blog untuk simpanan masa hadapan

salam people,how was your day?

petang tadi minum petang bersama ibu dan ayah yang tercinta. sambil minum-minum maka hikayat dahulu kala pun dibentangkan. mereka memang suka berkongsi cerita jika saya pulang bercuti, kisah-kisah pada zaman mereka muda. kisah percintaan mereka hahaha. bercerita tentang betapa jelitanya ibu dikala muda (tidak seperti anakandanya). bercerita tentang pahit manis kehidupan. tentang keluarga, tentang kejayaan. betapa hidup dizaman awal kemerdekaan sangatlah mencabar. meminjam minyak secawan dari jiran tetangga adalah perkara yang sering berlaku kerana tiada hasil menoreh. alhamdulillah rezeki sentiasa ada.

dan kunci kejayaan itu adalah usaha yang gigih.

bertebaranlah di muka bumi TUHANmu yang luas ini, ke mana saja kamu berpergian asal kamu gigih berusaha maka kejayaan itu milik kamu. of course under His will people!

dan saya baru selesai final exam yang berderet-deret. semuanya telah dilakukan, berusaha dan berdoa. kini bertawakal dan semoga TUHANku memberikan yang terbaik untuk diri yang sering melupakanNYA. dan kini menunggu hari untuk eit. hari isnin ini akan bermula. berdebar-debar but i'll do my best.

Saturday, March 27, 2010

Lirik lagu Maha Melihat - Opick feat. Amanda

*Maha Melihat - Opick feat. Amanda:
seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku


tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

*http://liriklagu-top.blogspot.com/2009/07/lirik-lagu-opick-ft-amanda-maha-melihat.html

lagu ini best. tiada 1 tersembunyi segala yang terjadi Engkau saksinya
kak iecha beri buku tazkiyatun nafs. Insyaallah akan baca selepas exam control system ;-)

Thursday, March 25, 2010

hari ini dalam sejarah

hari ini ke library universiti yang tercinta~ o la la konon2 nak mentelaah pelajaran
ok suddenly rasa nak fotostate tapi disebabkan library universiti saya sangat canggih
brothers&sisters dilatih supaya fotostate sendiri. the problem is i forgot how. lalu, saya dengan konfidennya pergilah ke mesin fotostate yang berdiri di sebelah tiang itu. menghampiri mesin dan berfikir punat mana yang patut ditekan. tekan punya tekan mesin tak nak bergerak.
suddenly ada foreigner di belakang saya. lalu brother foreigner itu dengan budimannya menolong siap boleh bergurau senda lagi. ya tuan-tuan dan puan-puan ciri sebegitulah yang patut dicontohi. tolong-menolong dalam perkara kebaikan.
sebelum pulang mahu fotostate lagi sekali tetapi tersalah tekan punat huhu
brother please help me ces

hari ini baca blog fatem and membuatkan hidup ada sedikit warna-warna ceria.

hari ini juga sekali lagi saya terbuang sudu saya bersama-sama bekas makanan yang kena charge 20 sen itu. atul, ko ingat ayah bisnes kilang sudu ke? nampak gaya kena curik sudu kat rumah lagi.

dan hari ini juga dengar kisah seorang hamba Allah yang melewatkan solat Subuhnya. Insaf. Kadang-kala kita perlu dengar kisah-kisah sebegini untuk dijadikan panduan dan ikhtibar.Seterusnya memperbaharui iman kita sekaligus meperbaiki amalan kita.
last but not least don't forget to pray!
da~

Monday, February 22, 2010

i miss my friends....always

salam.

dah lama tak blogging. ye saya sangat malas untuk berblog sementelah tiada cerita baru. sibuk dengan exam yang tak pernah habis. namun baru selesai menonton u're beautiful korean drama. cacaknye (word farhan untuk memuji kekacakkan pak sunya) haha. esok ada dua kuiz. selasa ada midterm data.

selasa juga pre-reg untuk first sem my fourth year. sob3 dah nak masuk level 4 study di university taman ilmu dan budi. rasa macam baru semalam kena denda dengan cikgu hajar. baru semalam cikgu madihah ajar sejarah form five. rindu kat kawan-kawan kelas 5 fatimah n all fivers. macam baru semalam register kat mciium. macam baru semalam jejak kaki di cac. sebenarnya bukan sekejap tapi semua tu dah bertahun. dan sepatutnya belajar sesuatu dari bertahun itu..ada fahamkah ayat ini..pukul 1.38 pagi. semoga rakan-rakan saya berjaya di dunia n akhirat especially. itu doa saya selalu.

rindu giler nak enjoy sampai lebam tapi itu semua tak membawa kepada apa-apa
dengan mengingati-NYA hati menjadi tenang..don't forget to pray!

pesanan special untuk sahabat yang dikasihi fatem, sorry lama betul komik ko aku pinjam. nanti aku belanja ko sesuatu ok dear?

Tuesday, February 2, 2010

riang ria

Hari ini buat experiment determine the source frequency by cavity wavemeter.
ok senang and faham yeay alhamdulillah...
balik dengan riang ria bersama kak umi, kak fairuz and saed. jalan, melintas jalan dgn riang ria.
ye r bukan semua experiment kat lab tu boleh difahami dengan sepenuh jiwa raga..
cayalah kak mimi,i.e, lecturer kitorang. dah la cun, cute, peramah n bijak hoho..

balik ke bilik tu kitorang borak-borak and tiba-tiba terkeluar rahsia saed dari mulut saya
oopss...apalagi saed pun terus mengejar saya
seperti yang pernah saya lakukan dahulu
*biarlah rahsia*
saya pun terus berlari dengan bersungguh-sungguh
waaa...nasib baik hari ini memakai nike-kesayangan-ku
bolehlah berlari dengan bergaya
hahaha
meningalkan kak umi n kak fairuz mengekek ketawa di belakang
riang ria x kami??
bukan selalu begini
....

blog ini disertakan dengan gambar bunga
diberi oleh kak ana...
beliau memperolehnya daripada program
biasalah program kan banyak bunga-bunga hiasan memperindah suasana
btw, thanks kak ana
hehe 1st time dapat bunga ni..pathetic tak saya sob3
tak tahu apakah nama bunga ini
tiba-tiba rasa meja belajar sangat ceria
...*meja belajar??*...
dan saya bersemangat untuk study
...*tak sedar diri esok ada kuiz c.s 2 chapters,salahkan bunga kalau ko tak dapat jwb the quiz~*...
belajar sekarang,atul!
internet di bilik seperti gangguan intersymbol interference in ofdm system..later

Friday, January 29, 2010

rEuNioN

fika, nadia, ahiasah, syaz, atul, mun n lin kt depan

Salam...x tahu untuk sape..*siapalah yang tak ada kerja baca blog kau ini*..
ok ini ialah reunion kecil-kecilan secara tak rasmi. aku lebih gemar memanggilnya reunion form 3!!!...hahaha tipu..tak tahulah form 3 atau fivers..aku mengenali mereka sejak aku form 3..ye aku sangat suke 3 Rock..aku sangat rindu~..seperti lagu Black..aku rindu sayang kamu..sudah atul! jangan kau terus merepek..ini bukan slot merepeking..

Seriously man...dah berapa tahun ye rakan-rakan? percaya atau tidak, sepanjang pertemuan aku berulang-kali menyebut "aaa..macam tak percaya dapat jumpa korang hahaha"..lin kata"ko nak kena sepak dengan aku ke atul"..hahaha..lin is still macam dulu...ramai yang tak ada seperti nisa, fatem, ummi, mardhiah, ain, fika, lea, dayah..ohh sangat ramai.

actually, this reunion is for ahiasah and nadia...ye ke? yelah sebab mereka baru pulang(oh..tak lah baru sangat sebab nadia dah bekerja sebulan ok..fine) dari Jordan..yeah~ inilah pertama kali jumpa mereka setelah empat tahun. glad i am gladiator..stop. ni baru tujuh orang, kalau i buat reunion ramai-ramai lagilah. takpe inipun dah cukup sob3..ko apehal atul sedih..senegal. terima kasih rakan-rakan semoga kalian berjaya dan bahagia dunia n akhirat..

Thursday, January 14, 2010

sekejap cuma

masa berlalu sangat pantas. december dah berlalu januari menjelma..

rasa macam nak gi fly ke perth peaceful place... nak pegi huhu