Sunday, December 27, 2009

khalifah

saya belum lagi mendapat tempat untuk praktikal pada april 2010. tinggal 3 bulan sahaja lagi. risau, rakan-rakan seperjuangan ramai yang dah dapat. harus berusaha lagi.

hidup ini ada 2 objektif yang berlainan. setiap manusia yang diciptakan oleh Allah mesti menanam 2 objektif ini dalam diri masing-masing. itulah pesanan lecturerku. kita, manusia diciptakan oleh Allah di atas muka bumi ini ada tujuannya, ada misinya. yang pertama sebagai hamba-NYA, a'bdi dan yang ke-dua sebagai khalifah untuk mentadbir bumi dan segala isinya dengan bijaksana,wisely,penuh hikmah. yang mana tanggungjawab itu telah ditolak oleh makhluk-makhluk Allah yang lain.

kita, manusia yang sanggup menggalasnya. 'mampukah aku?' bertanya aku pada diriku. oleh itu, semestinya setiap manusia perlu ade 2 objektif dalam hidup iaitu sebagai hamba dan sebagai khalifah. objektif hidup sebagai hamba amat mudah tapi mencabar iaitu melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah seperti solat,puasa,zakat,menghormati ibu bapa dan segala ibadah-ibadah yang menunjukkan kehambaan kita kepada Allah.

bahagian yang sering kita tinggalkan adalah tanggungjawab sebagai khalifah. ingatan pada diri dan semua, apakah akan kita jawab kelak pada hari pembalasan, pada hari segala amalan dihitung bilamana Allah mempersoalkan "apa yang telah engkau sumbangkan sebagai khalifah di dunia". terdiam saya berfikir. selama ini saya hanya mengikut arus umpama sungai yang mengalir mengikut haluannya ke lautan. saya sendiri masih mencari diri. untuk berfikir tentang sumbangan saya kepada manusia dan bumi saya rasa suatu tugas yang amat besar.

lecturerku terus berbicara. beliau bilang setiap manusia ada misinya sendiri mengikut keunikan persekitarannya. perhatikan sekeliling kamu. apa yang kamu ada so that you can contribute something to your community. even a housewife pun ada misi dari Allah. Allah tidak menciptakan sesutu dengan sia-sia. for example a housewife can teach children in her neighborhood al-Quran. she has contribute something to the ummah.

kini saya diajar untuk menjadi seseorang pemikir dan penyumbang. bukan lagi sekadar seorang pendengar dan penerima. oleh itu, persiapkan diri dengan segala ilmu yang boleh dipelajari. bukan sekadar ilmu di kuliyyah semata. bukan sekadar ilmu untuk ijazahmu! tetapi lebih luas politik,geografi,sejarah. bahkan jika boleh kamu harus menguasai beberapa bahasa asing. ini semua persiapan untuk masa hadapan kerana kita tidak tahu apakah misi kita. di manakah Allah akn letakkan kita. kini masih sempat tapi sudah lewat jika umur kita sudah mencapai 30 tahun.

ayuh! bangunlah! wake up! open your eyes!

No comments: